CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 2

Lelaki Datang Kenduri Kahwin, Tembak Pengantin Perempuan

[Copy link]
Post time 8-2-2023 06:26 PM | Show all posts |Read mode
RAWALPINDI, Pakistan – Seorang pengantin perempuan cedera apabila seorang lelaki yang mengaku kekasihnya, melepaskan tembakan ke arah pentas.


Kejadian berlaku semasa majlis perkahwinan mangsa di Rawalpindi, lapor portal berita semalam.


Lahore Times melaporkan, insiden yang berlaku dekat kawasan balai polis Waris Khan menyaksikan bunyi tembakan dilepaskan turut mencetuskan rempuhan di dewan perkahwinan, namun polis berjaya menahan suspek.


Gambar Hiasan




Menurut portal berita Odishatvi,in, bapa pengantin, Mohammad Ali memberitahu polis bahawa anak perempuannya sedang duduk di atas pentas di dewan berkenaan pada malam hari perkahwinannya.


Menurut Mohammad Ali, anak perempuannya cedera akibat terkena tembakan dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.


Polis berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian telah ditahan.


Tertuduh melarikan diri selepas melakukan jenayah itu, namun anggota-anggota polis peronda berjaya menahannya. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan tertuduh kemudian ditahan di lokap.


Menurut polis, tertuduh bernama Owais dan berusia 23 tahun. Dia menyukai gadis itu dan ingin mengahwininya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 08:21 AM | Show all posts
otak penuh tahik
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 02:26 PM | Show all posts
mentallll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.143290 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list