View: 7816|Reply: 143
|
Cikgu Bersara Tak Suka Hadiah Yang Diberikan Panitia Sekolah, Minta Comforter Atau Beg Travel
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang pesara guru berterus-terang tidak menyukai hadiah persaraan yang diterimanya membuatkan ramai orang mengecamnya.
Perkara itu dikongsi oleh salah seorang individu dipercayai guru di sekolah terbabit yang turut terlibat dalam kerja-kerja mengumpul dana bagi menyediakan hadiah serta persiapan majlis persaraan itu.
“Hari itu buat majlis persaraan, biasalahkan kumpul duit sama-sama panitia atau unit khas untuk beri hadiah kepada orang yang bersara. Apa perasaan bila penat-penat cari hadiah, habis majlis, awak terima mesej seperti ini?,” ciapnya di Twitter.
 Gambar Hiasan
Melalui perkongsian tangkap layar mesej yang diterima melalui WhatsApp itu, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan hadiah yang diterimanya, malah menganggap ia tidak setimpal dengan sumbangannya sebelum ini.
“Saya amat kecewa dengan hadiah kamu semua berikan. Sebelum ini sesiapa tinggalkan jabatan ini, kamu berikan apa yang mereka mahu contohya beg tangan. Kenapa kamu tidak tanya apa yang saya mahu?
“Saya sudah sumbangkan bahagian saya selama ini, tetapi tengok bagaimana kamu layan saya. Siapa yang pandai-pandai beli itu ambil sajalah. Saya tak nak simpan benda yang saya tak suka. Saya tak suka simpan dalam hati, baik luahkan perasaan pada masa ini juga sebelum tukar fikiran,” katanya.
Difahamkan, hadiah yang diberikan merupakan set lukisan perhiasan serta rak rempah.
Individu itu turut berkata, dia juga layak menerima hadiah yang elok dan disukainya, malah turut memaklumkan apa sebenarnya yang mahu diinginkan sebagai hadiah persaraan.
“Saya akan gembira kalau panitia boleh beri saya set ‘comforter’ kalau boleh corak berbunga. Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu, saya boleh ‘top up’ kalau awak mahu.
“Atau beg ‘travel’ berwarna merah jambu. Saya rasa saya layak untuk dapatkan sesuatu yang berguna untuk persaraan saya,” katanya lagi.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna Twitter menyelar sikap pesara guru itu yang dianggap tidak bersyukur atas pemberian ikhlas dari orang lain.
“Hadiah ini atas budi bicara orang yang memberi, hargai sajalah. Minta macam-macam pula,” kata Syahir.
“Jangan layan, mana ada orang bagi hadiah ikut pilihan. Itu bukan hadiah dah, itu permintaan,” kata Diyana.
“Okey juga ada orang bagi hadiah bersara, kalau tak bagi baru tahu. Terima sajalah apa yang orang beri. Kalau memilih sangat, belilah sendiri,” kata Rul. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalo saya pencen pun nnt , saya akan minta apa yang saya ingini ..xmau terjadi seperti pesara guru tu dapat
masa jamuan tu pula saya yang bayar sepenuh dan duit yang ada belikan hadiah kesukaan saya
mmg itu perangai saya masa bertukar tempat kerja pun saya yang bayar jamuan dan mereka akan beli apa yang saya suka |
|
|
|
|
|
|
|
pada i fair la permintaan cikgu ni..
why not kita hadiahkan something yang kita tau memang orang tu suka or nak..
buat apa bagi benda yang hujungnya terperuk tak diguna..
|
|
|
|
|
|
|
|
terigt adik i (cikgu) pindah sekolah pastu cikgu2 lain mmg tanya nak hadiah apa. Dia sejenis minimalist sikit2 kebetulan dia tudung saji dia dah rosak. Terus dia ckp tudung saji & dpt tudung saji, dia happy sgt hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
haha rak rempah shopee ke? mmg terkilan dapat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jual as preloved pun tak laku. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
betul la pun..
die menghambakn diri mungkin lebih dr 10 tahun dkt sekolah tu..
berbaloi la kalua die nk request pun..
ni kau bg lukisan..dgn rak shopee..
hangen la makcik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
i xmain remote control drone
jgn hadiahkan remote control drone  |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong: terigt adik i (cikgu) pindah s ...
Laaa..ingatkan tudung lopar ke,bawal ke?[em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 8-2-2023 05:20 PM
betul la pun..
die menghambakn diri mungkin lebih dr 10 tahun dkt sekolah tu..
berbaloi la kalua die ...
Tu belum lagi hadiah dari murid2.. kalau sek luar bandar,harus la semua dari kedai eco. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi duit je, leceh hadiah2 ni.
Aku suka bagi hadiah jam dinding. Orang cina pantang hadiah tu, aku tetap bagi.  |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg mcm ni patut pegi mampos...dh org bg tu ambik je la. Kalau tak suka ko bg je kt org lain. Dlm pada ramai org kat luar sana nk makan pun tak mampu ko blh lg nk demand mcm². |
|
|
|
|
|
|
|
set lukisan perhiasan serta rak rempah
Uish tak beragak la bagi iolls. Ni kalau hadiah dari murid2, mungkin cikgu yg bersara tu ok la. Ni dari team cikgu2, panitia. Kat opis iolls ni kalau pencen pon busuk2 dapat voucher Aeon RM200, bawak lagi keluar belanja makan, throw a party lg kat opis, siap ada yg dpt gold bar! Ini rak rempah, huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya dia tak layak mintak, nama pun hadiah. tapi oleh kerana dah ada precedence sebelum ini orang lain dapat apa yang diminta. maka jika committee yang memberi itu adalah committee yang sama keanggotaan seperti sebelum ini maka dia layak atas request tersebut atas konsep natural fairness. |
|
|
|
|
|
|
|
ada cikgu pindah sekolah, dapat cincin emas.
kutipan wajib budak2 sorang rm1. cikgu cikgi tah lebih rm10 kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi lah gold bar /dinar ker baru semangat. Dulu gb ai bersara, kami collect duit belikan cincin. Tapi gb tuh mmg bagus lah. Kalau hampehhhhh koserrrrr lah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols benci hadiah2 ala cenderahati yg ujung2 jd sampah mcm pasu hiasan ntah apa2 corak, mug,dan pelbagai sampah lain.
Ok je tanya apa yg dia nak, skurangnya tak membazir.
Iols dulu rajin join contest tp jd menyampah sbb bila menang dapat hadiah yg tak guna sgt,udahnya bg kat orang.
So kalau nk join contest lg hanya yg tawarkan wang tunai je laa.
Ni pun masih ada hadiah yg tak guna pakai, mcm kain sari la, shawl la, mangkuk tingkat, bekas tupperware dh selamat bg mil.
Iols tak suka tupperware sbb warna warni iols jenis suka bekas kaler putih je, baru aesthetic muji bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ofis aku bersara ikut tahun service bersamaan gram emas. Ha senang HR nak cari.. so aritu ada 1 colig bersara lepas kerja 40 tahun ngam2.. dapat la 40gram emas. Customized buat mcm goldbar tp ukir nama dia.. gigih la HR aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 8-2-2023 05:54 PM
set lukisan perhiasan serta rak rempah
Uish tak beragak la bagi iolls. Ni kalau hadiah dari murid2, ...
Better bagi voucher aeon tu iols pun suka, paling byk penah dapat RM300 voucher tu.
Ni rak rempah dia bg kat org bersara .. iols takkan bg hadiah yg berkaitan ngn deco ni sbb kita taktau taste org tu cemana.
Kalau tak tau sgt better bagi cash atau voucher ni laa |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi cikgu ni mesti semak rumah ngan mug dll kan.. dah semua murid sibuk nak bagi bila tgk kawan2 bagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|