CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

Bayar Sendiri Elaun Anak, Johari Suruh Rujuk Kenyataan Sebelum Ini

[Copy link]
Post time 8-2-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Johari Abdul sekali lagi menjelaskan bahawa tiada sebarang lantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal setakat ini.


Beliau yang menafikan dakwaan melakukan amalan nepotisme sebelum ini dilaporkan berkata, akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anak sulungnya itu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat (YDPR).


Johari yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu secara ringkas meminta media untuk merujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini.




Johari ditemu bual media pada Majlis Temu Mesra Bersama Pengamal Media 2023 di Bangunan Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama





"Rujuk kenyataan saya sebelum ini," katanya kepada pemberita pada majlis temu mesra Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama pengamal media tahun 2023 di Parlimen, di sini, pada Rabu.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan melantik anaknya sendiri untuk bertugas sebagai Pegawai Tugas-Rugas khas di pejabatnya.


Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, sehingga kini Mohammed Iqbal yang sudah menjadi pegawainya sejak 14 tahun lalu hanya meneruskan kerja membantu beliau dengan elaun dibayar oleh dirinya sendiri.


Pada masa sama, beliau berkata, tidak timbul amalan nepotisme kerana proses pelantikan rasmi sedang dijalankan mengambil kira Mohammed Iqbal yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam menjalankan tugas terbabit.


Beliau berkata, Mohammed Iqbal sudah berkhidmat sebagai pegawai khasnya sejak 2009 selain mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan di Multimedia University (MMU) Melaka.


Katanya, sebelum ini Mohammed Iqbal menjalankan tugas sebagai pegawainya sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 hingga 2022 termasuk menghadiri mesyuarat dan membantu menguruskan hal ehwal kawasan.


Isu itu dianggap sebagai satu lagi dakwaan amalan nepotisme selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.


Dakwaan itu dibangkitkan oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard yang mempersoal tindakan Johari mengenai lantikan itu.


Melalui portal rasmi Parlimen, nama Mohammed Iqbal disebut sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas YPDR I.




Sumber: Awani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049198 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list