View: 776|Reply: 5
|
Selamba Melawan Arus, Pemandu Kereta Wira Memandu Laju Di Lebuh Raya Persekutuan
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira bertindak berani mati memandu lawan arus di lorong bertentangan, di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia, difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 pagi tadi di Jalan Sunway menghala ke Jalan Klang Lama.
Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah dihon berkali-kali oleh kenderaan lain di jalan raya.
Di ruangan komen ramai yang mengecam tindakan berbahaya tersebut kerana boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu lain.
“Selalunya orang-orang macam itu memang tengah panik yang terlampau ke? Apa salah pusing balik ikut arus sampai jumpa susur keluar?,” komen Norhisyam.
“Alllahuakbar, kenapa memandu melawan arus ni.. kan dan membahayakan diri dan pengguna lain,” komen pengguna yang lain pula. – CARI
Sumber: kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah. Bersangka baik, mungkin tengah mabuk. Biasalah bila dah mabuk-mabuk ni, tak perasan melawan arus ke tak. Langgar orang sikit-sikit tu biasalah, dah mabuk kan? Benda macam ni pun nak viral-viral. Stop lah. Kita kena lah bertolak ansur. Hidup berbilang bangsa dekat Malaysia ni banyak budaya dan adat resam. |
|
|
|
|
|
|
|
selain myvi...kete wira haukk ,waja iswara mmg selalu buat onar ..insecure sbb kete lama & buruk kot |
|
|
|
|
|
|
|
fuh ni kalau bertembung dengan lori kontena mmg berkecai Wira tu |
|
|
|
|
|
|
|
selalu macam ni..
bila driver hanat ni keluar takde pulak lori trela time tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|