CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

Dunia Peribadi Remy Bersifat Rahsia

[Copy link]
Post time 8-2-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode
“Sebab pegang status selebriti, kita tak boleh lari daripada jadi tumpuan orang.”


Demikian kesimpulan pemilik nama lengkap, Mohammad Zalimei Ishak itu berhubung realiti pekerja seni yang sering menjadi bualan atau sensasi masyarakat.


Sungguhpun perkara terbabit memang tidak dapat dielakkan, Remy percaya, golongan selebriti berhak sama ada mahu sama-sama ‘bergelumang’ dalam lumpur kontroversi atau keluar daripada gumpalan hitam memberi dampak mencemarkan kanvas seni mereka.




IG




“Bagi saya, terpulang kepada selebriti itu sendiri, sama ada nak ‘join’ sekaki atau mengelak agar supaya nanti, apa yang diperkatakan khalayak adalah bakat bukan benda-benda mengarut.


“Kalau tak kisah orang jaja kisah rumah tangga atau peribadi kepada orang awam, itu pilihan mereka sendiri.


“Kalau nak rahsiakan benda dalam kain, maka semuanya akan tidak diperkatakan. Tapi, kalau mereka sendiri yang mendedahkan dan jadi jenaka orang, tak boleh salahkan sesiapa sebab mereka sendiri yang pilih jalan tersebut,” kata lelaki berusia 41 tahun kepada HibGlam, baru-baru ini.


Seperti kata bidalan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, perihal tersebut dipersetujui Remy berhubung ‘penyakit’ selebriti yang kian berleluasa sejak akhir-akhir ini.


“Apa-apa kalau netizen komen atau kecam, mereka kena terima sebab mereka yang buat pilihan suka buat konten dan sebagainya.


“Bagi saya, dunia peribadi saya bersifat rahsia dan takkan didedahkan kepada umum.


“Saya hadir dalam bidang seni sebagai seorang pelakon dan lebih baik saya canang kerja-kerja melibatkan seni.


“Walau bagaimanapun, satu perkara yang saya sedar, sejauh mana saya nak simpan hal peribadi, akan ada sebilangan orang yang akan korek itu ini,” ujarnya.


Menjadi individu terkenal memang tidak boleh lari daripada percakapan orang, namun sebagai seorang artis, seseorang itu juga mempunyai hak menjaga ketenteraman hidupnya sendiri.


“Aib kita memang kita sepatutnya tutup tapi kalau kita sendiri memilih untuk aib dibuka sebab konten dan orang dah ternampak, apa boleh buat?


“Memang itulah harga untuk menjadi seorang selebriti. Kita kena sentiasa bersedia. Zaman sekarang lagilah macam-macam dengan semua benda di hujung jari,” ungkap Remy penuh optimis.




IG




Lelaki kelahiran negeri Hang Tuah itu juga tidak segan dan terbuka berbicara tentang masalah kesihatan mental yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, fasa pasca pandemik Covid-19 sememangnya memperlihatkan ramai orang berdepan perihal sama, termasuk dirinya yang masih bergelut untuk kembali pulih seperti sediakala.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.105086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list