View: 1245|Reply: 6
|
Bayi Baru Lahir Ditemui Di Bawah Runtuhan Bangunan Turkiye, Tali Pusat Masih Bersambung Tapi Ibu Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
ALEPPO – Seorang wanita melahirkan anak ketika terperangkap di bawah runtuhan bangunan semasa gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria Isnin lalu, lapor stesen penyiaran Global News.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, anggota penyelamat dilihat menarik bayi wanita tersebut dari sisa runtuhan konkrit yang merupakan rumah mereka di Jinderis, sebuah pekan kecil di Aleppo, Syria.
Wanita berkenaan, Afraa Abu Hadiya bagaimanapun meninggal dunia.
 Foto: AFP
Menurut penduduk, mereka menemui bayi perempuan itu sedang menangis di sebalik runtuhan dalam keadaan tali pusat yang masih bersambung dengan ibunya, yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Seorang saudara bayi tersebut, Ramadan Sleiman berkata, kanak-kanak itu ialah satu-satunya ahli keluarga berkenaan yang terselamat.
Bayi tersebut ditemui di bawah runtuhan bangunan lima tingkat lebih 10 jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu melanda.
Dia dikejarkan ke hospital terdekat dan diletakkan di dalam inkubator. Dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor yang merawatnya, Dr. Hani Maarouf. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
SUBHANALLAH.....Jika DIA berkehendakkheun ,Cukup sekadar KUN FA YA KUN....maka jadiler.....tidakkeww kita beriman atas asas ini?
Atau Haruskeww kita berjiggly boobies? |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 8-2-2023 12:06 PM
comel.....
Thank you... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya yatim piatu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sgt.. yatim piatu sebatang kara lak tu.. moga kuat adik menempuh dunia akan dtg |
|
|
|
|
|
|
| |
|