|
Tajul mencuri perhatian netizen apabila makan nasi goreng bersama ubat gigi semasa bercuti di Thailand.
Menerusi perkongsian isterinya, Nur Shamieza Eddie di TikTok, Tajul dikatakan teringin nak makan ubat gigi semenjak berada di negara itu.
Di dalam video tersebut, dia meletakkan sedikit ubat gigi di dalam sudu nasi goreng itu dan kemudian dimakannya.
Foto: IG
“Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pepelik perangai laki aku ni,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan terhibur dengan tindakan Tajul yang bersahaja itu.
“Aku tertelan ubat gigi punya lah panik, dia selamba je sesaja telan.
“Lain daripada yang lain ni.
“Ini ialah rahsia suara padu,” komen netizen. -CARI
Sumber: XTRA
|
|