CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 6

Jiran-Jiran Bengang Pemilik Rumah Bina Tambak Tinggi Depan Rumah- Lorong Jadi Sempit, Lori Sampah Pun Tak Muat Nak Masuk

[Copy link]
Post time 8-2-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, sebuah rumah dipaparkan mempunyai tambak tambahan di bahagian luar pagar yang dibina dengan begitu tinggi sehingga menghalang laluan penduduk lain.


"Sepatah dua kata..." tulisnya ringkas dalam hantaran tersebut.


Tambak tambahan di pagar laluan utama untuk keluar dan masuk ke kediaman berkenaan ternyata membuatkan jalan menjadi sempit.


Mungkin pembinaan tambak tersebut memudahkan pemilik rumah berkenaan, tetapi tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang dalam kalangan jiran-jirannya.




Foto: FB




Dipercayai, situasi ini berlaku di sebuah taman perumahan di Senawang, Negeri Sembilan.


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan tindakan pemilik atau penghuni rumah berkenaan kerana ia dilihat membahayakan pengguna jalan itu dan menyalahi undang-undang.


"Ni menyalahi undang-undang. Nanti jentera bomba nak guna jalan tu bila berlaku kebakaran rumah atau rumah jiran akan terhalang. Tindakan ni boleh disaman dan perlu dirobohkan.


"Ini kalau tengah malam tak nampak. Boleh jadi sarkas motor dan kereta yang lalu lalang di situ.


"Ini namanya penting diri. Menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Jom ramai-ramai buat aduan kat majlis bandaran," demikian antara komen netizen.










Susulan posting tular ini, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah berjumpa dengan pemilik rumah berkenaan bersama wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi membincangkan tentang isu yang timbul.


Difahamkan, penduduk sekitar hilang sabar kerana lorong tersebut merupakan laluan utama yang menghubungkan empat buah rumah dan lori pemungut sampah juga didakwa tidak dapat masuk kerana laluan terganggu dengan tambak tambahan itu.


"Bagi siapa yang bertanya lorong depan atau belakang. Ini lorong depan dan tak ada lorong belakang di taman ini. Jadi empat buah rumah berkongsi lorong dan ruang masuk sama.


"Lori dah susah nak masuk. Lori sampah hanya berhenti depan lorong. Pemungut sampah kena bawa tong sampai ke depan," ujarnya.


Sementara itu, individu berkenaan turut memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana yang hidup berjiran supaya menghormati penduduk lain.


"Tak sangka perkongsian ni boleh jadi viral. Terima kasih kepada semua yang sokong. Semoga tak berlaku kepada penduduk lain. Ingat, toleransi berlaku dua hala," katanya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 10:30 AM | Show all posts
jahanam jiran mcm ni
jalan luar tu semua dia punya.. nasib xletak kerusi batu, pasu2 besar bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 11:13 AM | Show all posts
bagus la viral, baru ada tindakan dr pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
T20 tapi level pemikiran setinggan. Puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 11:39 AM | Show all posts
thread nih dah ada la TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
terbukti bodoh dimana-mana tanpa mengira kasta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 02:18 PM | Show all posts
dah ada la thread ni semalam..
kelas tersendiri sangat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.829703 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list