CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

Budak 9 Tahun Tamat Sekolah Tinggi Dalam 3 Tahun Je

[Copy link]
Post time 7-2-2023 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Amerika Syarikat (AS) berjaya menamatkan pengajian sekolah tinggi dalam tempoh hanya tiga tahun, lapor akhbar New York Post.


David Balogun menamatkan pengajian diploma di Sekolah Reach Cyber Charter, Harrisburg dalam negeri Pennsylvania, demikian menurut sekutu portal berita NBC.




David tamat pengajian diploma di Sekolah Reach Cyber Charter di Harrisburg, Pennsylvania. – Balogun Family





“Saya mahu menjadi ahli astrofizik, selain ingin mengkaji lohong hitam dan supernova,” katanya.


Budak lelaki itu mula belajar di sekolah tinggi tidak lama sebelum sekolah-sekolah di AS ditutup akibat pandemik. Dia menghadiri kelas secara online di rumah dan menggemari subjek sains dan pengaturcaraan komputer.


Budak genius itu mengambil masa kurang tiga tahun untuk menghabiskan pengajian diploma dan lulus dengan GPA lebih 4.0.


“David ialah seorang kanak-kanak yang memberi inspirasi, pastinya seorang yang mengubah cara anda berfikir tentang mengajar,” kata guru sains, Cody Derr.


Kedua-dua ibu bapa David mempunyai ijazah lanjutan tetapi mereka mengakui adalah mencabar untuk membesarkan anak lelaki yang sangat berbakat dari segi intelek.


“Saya terpaksa berfikir di luar kotak. Dia berusia 9 tahun dengan otak yang mempunyai kapasiti untuk memahami banyak konsep di luar usianya dan kadang-kadang di luar pemahaman saya,” kata ibunya, Ronya.


Pencapaian itu menjadikan David sebagai salah seorang graduan sekolah tinggi paling muda di AS, demikian menurut laman Oldest.org.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.788122 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list