CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 1

Mahkamah Tak Benar Saksi Ebit Lew Beri Keterangan Melalui Kamera

[Copy link]
Post time 7-2-2023 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.


Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu bahawa saksi, Inspektor Yip Chang Ching seorang yang dewasa dan beliau akan memberi keterangan atas kapasitinya sebagai seorang yang profesional.




Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.





Mahkamah berpendapat tiada sebab untuk mahkamah mendengar keterangan melalui kamera di bawah peruntukan Seksyen 101 Akta Mahkamah Rendah (CSA) 1948.


Oleh itu, mahkamah tidak membenarkan permohonan untuk keterangan diambil dalam kamera bagi Inspektor Chang Ching memandangkan kes itu melibatkan jenayah seksual dan bukti dijangka boleh mengandungi bahan lucah.


Sebelum itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria memohon supaya prosiding bagi dua saksi yang seterusnya iaitu pengadu dan Inspektor Chang Ching dilakukan secara tertutup.


Pihak pendakwaan membuat permohonan itu memandangkan Inspektor Chang Ching merupakan pegawai analisis forensik yang akan memberi keterangan bahan bukti ditemui dalam pemacu kilat dihantar kepadanya.


Sementara itu, bagi pengadu dalam kes itu pula terlalu awal untuk mahkamah memutuskan sama ada dia perlu memberi keterangan secara dalam kamera atau sebaliknya.


Pihak pendakwaan boleh memohon semula untuk perkara yang sama apabila tiba masanya.


Bagaimanapun, mahkamah mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil gambar atau video dalam prosiding terbabit.


Dalam hujahan Zahida sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa imej yang ada di dalam pemacu kilat berkenaan turut mengandungi imej tertuduh dan pengadu yang bersifat seksual selain 90 imej lucah di dalamnya.


Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Beliau diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol. Tu je mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list