View: 1008|Reply: 13
|
100 Termasuk Kucing Kayangan Dibuang Setiap Bulan, Sebahagian Jadi ‘Lauk’ Warga Asing
[Copy link]
|
|
Hampir 100 ekor kucing termasuk kucing ‘kayangan’ bernilai ribuan ringgit dibuang di pasar-pasar awam dan di tepi jalan setiap bulan dan sebahagian menjadi ‘lauk’ kepada segelintir warga asing.
Haiwan peliharaan itu dibuang selepas pemiliknya tidak mampu menjaga kucing yang telah menghidap penyakit dan mempunyai banyak anak kerana kos rawatan serta penjagaan yang tinggi.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, sepanjang tahun lalu, lebih 1,000 kucing jalanan diselamatkan pihaknya di sekitar Lembah Klang.
 Arie (kanan) bersama kucing-kucing jalanan yang diselamatkan pihaknya di Galeri Animal Malaysia, Kuala Lumpur.
Menurutnya, banyak lagi kucing lain terutama yang tinggal di lorong-lorong gagal diselamatkan ekoran kekurangan kakitangan.
“Keadaan ini menyebabkan kebanyakan hayat haiwan itu berakhir sama ada di tangan manusia, menjadi pemangsa kepada binatang lain atau mati begitu sahaja di jalanan akibat kelaparan dan penyakit,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Arie memberitahu, kucing yang diselamatkan pihaknya bernasib baik kerana telah menjadi ‘haiwan angkat’ kepada pemilik baharu selepas proses rawatan dan pemulihan dilakukan di Galeri Animal Malaysia.
Katanya, setiap bulan pihaknya menyelamatkan hampir 100 ekor kucing jalanan dan kemudian diberi rawatan sehingga kucing tersebut kembali sihat.
“Lebih 50 ekor kucing telah menemui ‘tuan baharu’ setiap bulan dan kebanyakan kucing yang diserahkan ini telah menjalani proses pemulihan yang juga dibantu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Kita tidak akan menyerahkan kucing yang tidak sihat serta bermasalah kepada pemilik baharu. Kita juga sediakan khidmat pemandulan kucing jalanan sebelum mendapat ‘tuan baharu,” ujarnya.
Arie berkata, terdapat kucing daripada baka yang mahal turut dibuang dan berjaya diselamatkan pihaknya.
Terbaharu katanya, Animal Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 berjaya menyelamatkan kucing jenis ‘American Curl’ yang ditemui di Pasar Selayang.
Difahamkan, harga seekor kucing baka American Curl bermula RM5,000 seekor.
“Bukan sahaja baka tempatan, malah kucing ‘kayangan’ juga dibuang di jalanan.
“Kebanyakan kucing ini dibuang kerana pemiliknya tidak mampu menanggung kos untuk membela selain banyak pembiakan berlaku selain sakit.
“Pemilik ini mengambil jalan mudah dengan membuangnya di jalanan. Sebelum ini juga banyak kucing ‘kayangan’ yang turut kita selamatkan di jalanan antaranya jenis baka siam, parsi dan bengal.
“Kesemua kucing kayangan ini akan dirawat dan dipulihkan sama seperti kucing-kucing jalanan lain,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
x dapat bayangkan kucing dibuat lauk |
|
|
|
|
|
|
|
iol klu imun dgn bau taik kucen ape mau dh membela kurang2 3 ekor
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kn dah..deme buang anak kucing usia 5 bulan,Mata dah X leh buka..p bawak vet kucing selesema,dah sakit mata..melayang dekat RM40..dah elok pun..montel je kesana kesini dgn perut lowerd dia..seekor lg anak bawak blk dr masjid..usia 3bulan..dia kesian kucing tu x de makanan..dah ade sepasang kat rumah..dl banyak kucing jalan kat belakang rumah ni..sejak jiran2 Cina renovate rumah panggil sape tah bt..licin abis kucing..dah kn bt rendang la kot..biasa letak je makanan kucing kat tempat khas dia belakang rumah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
takde benda lain ke nak buat lauk |
|
|
|
|
|
|
|
Org vietnam la ni mkn kucing nk kucing yg elok2 je bt lauk klau sakit brkudis xmaunya diaorg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 7-2-2023 05:50 PM
smpai skrg i ada kucing jalanan blakang rumah. bercicit nyet bagai dah kut. PKP haritu membiak sampai 10 ekor satu2 masa, busuk belakang rumah so solusi dia laman belakang spray sabun n biar mereka kelaparan kemudian hujan sekor2 kesejukan mengiau jatuh longkang bagai tak g tolong pun banyak2 mati. Skrg maintain 3 ekor tapi nampak macam populasi menaik balik bunyi meow2 anak kecil disebali semak mana ntah belakang tu. Terpaksa, kucing2 ni preggy tak beragak dua tiga kali setahun kut sekor2 betina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kitaserupaaa at 7-2-2023 06:11 PM
Aku suka kucibg tapi allergik bulu. Dulu masa sewa bilik, tn rumah tu bela sekor kucing. Most of the time kucing tu kat bilik tn rumah je. Ade sekali aku tumpang guna bilik air tn rumah, bau kucing dalam bilik dia tu buat aku pening. Bila pegang kucing, tak lama lepas tu mesti selsema & demam |
|
|
|
|
|
|
|
Pembela kucing ni memang senang ye. Kalau tak nak kucing tu dibuangnya merata. Kat kedai makan la, pasar la, kawasan perumahan baru la. I bela kucing stray cats je sekarang ni. Tapi jenuh la ada saja orang buang kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah takde paksaan kan baik yg membela membuang or memakan |
|
|
|
|
|
|
|
tu penting, kalau sayangkan kucing, pi la kasi depa.. depa tak membiak, angpa pun tak runsing
bela kucen ni bukan bela saja2, sakit pening, makan, annual jab yada2.. smua tu makan modai tau dakkk
kut takdak komitment toksah la gatai, esp yg sibuk buat cattery tu, angpa tu mmg species yg zalim kat heiwannnn , sian induk paksa beranak banyak2 kali.. kut ang tu disuruh beranak banyak2 kali apa machiamm? mau ovari angpa pun reput gamak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah itu halal bagi dia biarlah dia nak makan. Jangan hipokrit makan kucing zalim bunuh kambing xpe why sebab kambing x hensem?
|
|
|
|
|
|
|
|
spay kucing betina rm100+ je one off tapi makhluk2 anat pilih utk 'bayar' kat akhirat 
shelter ni suka namakan kucing rescue dorang dgn nama2 public figures siap tag fb individu tersebut time introduce kucing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|