View: 5888|Reply: 59
|
Cari Jodoh Di Parti Single Malaysia, Beribu Wanita Umur 30 Ke Atas Cari Calon Suami Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Keinginan membantu individu solo termasuk golongan Hawa yang berhajat mencari pasangan hidup mendorong pengurus pegawai perhubungan awam dikenali sebagai Izzati menjadi orang tengah bagi membantu golongan berkenaan.
Izzati, 29, melakukannya dengan mewujudkan kumpulan cari jodoh di aplikasi Telegram yang diberi nama Parti Single Malaysia (PaSiM).
Menurut Izzati, dia tidak pernah terfikir untuk membantu orang ramai dengan cara sebegitu, malah idea berkenaan datang secara spontan selepas aktif memuat naik video perkongsian rawak di TikToknya, @izzatiyanglawa.
 Izzati, Foto: Harian Metro
"Semuanya bermula selepas saya muat naik video ketika berlangsung pilihan raya umum (PRU) lalu menyatakan daripada berebut jadi calon (wakil rakyat), lebih baik rebutkan saya.
"Video itu meraih lebih 900,000 tontonan sehingga kini dan daripada komen diterima, baru saya tahu ramai yang single rupanya.
"Kebetulan, saya pun single ketika itu, jadi faham maka mengaktifkan kumpulan cari jodoh di Telegram ini sebagai alternatif untuk golongan solo mencari pasangan hidup bersesuaian selain mencuba aplikasi lain yang ada," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Izzati, tidak ramai yang menyertai kumpulan itu pada awalya, malah hanya ada lebih 1,000 ahli saja.
Katanya, terkini, kumpulan itu sudah mempunyai lebih 8,000 ahli namun jumlah berkenaan tidak kekal kerana ada yang keluar selepas bertemu pasangan diinginkan.
"Syarat utama selepas masuk dalam kumpulan itu adalah memperkenalkan latar belakang diri dengan meletakkan gambar serta ciri pasangan diinginkan.
"Terpulang bagaimana mereka mahu lakukannya (perkenalkan diri) dan bergantung kepada usaha masing-masing. Jika ada yang ingin berkenalan maka individu terbabit boleh terus berhubung dengan mereka.
"Dalam kumpulan itu, tiada istilah wanita atau lelaki lebih ramai kerana saya boleh katakan bilangan yang mencari pasangan seimbang...cuma majoritinya berusia awal 30-an ke atas.
"Tak pasti apa sebabnya, namun mungkin disebabkan komitmen kerjaya yang menyebabkan mereka belum bertemu jodoh," katanya.
Berhubung persepsi 'perigi cari timba' terutama bagi wanita yang mencari pasangan hidup, Izzati berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan terutama pada zaman sekarang kerana sesiapa saja boleh memulakan langkah untuk berkenalan.
"Tiada salahnya wanita mulakan (langkah) kerana Saidatina Khadijah juga melamar Rasulullah SAW.
"Bagi saya, perigi cari timba itu perlu juga ada, cuma akhirnya nanti hendaklah ikut adat iaitu pihak lelaki menghantar rombongan merisik dan meminang jika serius untuk memperisterikan wanita berkenaan," katanya.
Biarpun tidak menerima sebarang bayaran, Izzati mengakui puas hati apabila dapat mendapat maklum balas positif daripada mereka yang menyertai kumpulan cari jodoh itu.
"Kepuasaannya apabila dapat mesej daripada ahli yang minta keluar (kumpulan) kerana sudah jumpa pasangan.
"Itu sudah cukup membuatkan saya gembira dan tak tahu macam mana mahu menggambarkan perasaan ini.
"Alhamdulillah, keluarga termasuk tunang dan ibu sokong apa saya lakukan.
"Cuma segelintir orang terdekat saja mempersoalkan apa yang saya buat hanya sia-sia. Biasalah, penerimaan setiap orang berbeza," katanya.
Katanya, dia sentiasa berpandangan positif dalam hal berkenaan dan akan terus mengaktifkan kumpulan itu walaupun selepas berkahwin nanti.
'Saya buang rasa malu'
Tidak timbul istilah perigi mencari timba, sebaliknya berusaha mencari jodoh dengan 'mengiklankan' diri di media sosial sebelum menemukan wanita ini dengan suaminya hingga melangkah ke jenjang pelamin pada November lalu.
Rabiatul Aunie Abu Bakar, 28, bertemu suaminya, Zulfikri Azemi, 31, selepas dia dengan berani dan tekad memuat naik ciapan di akaun mencari jodoh di Twitter atas saranan serta cabaran rakannya pada Mac lalu.
Suri rumah itu berkata, dia terpaksa membuang rasa malu untuk memuat naik ciapan itu kerana menyifatkan perkara berkenaan bukan sesuatu yang melampaui batas agama selain niatnya juga baik untuk mencari pasangan.
Menurutnya, ciapan berkenaan juga disokong beberapa rakannya yang turut meninggalkan komen seperti memberitahu dia adalah calon yang baik dan kebetulan ketika itu baru putus cinta.
"Rakan buat macam itu sebab mereka cakap mana tahu dari media sosial saya dapat jumpa lelaki yang serius dan sesuai seperti yang dicari.
"Saya fikir betul juga dan tak salah mahu mencuba asalkan ia tidak melampaui batas agama dan adab. Itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk mencuba saranan rakan walaupun pada mulanya ciapan itu untuk suka-suka saja.
"Ketika itu, saya berfikir untuk berkawan tetapi dalam masa sama saya tidak akan tolak jika ada calon yang sesuai namun perlu memastikan lelaki berkenaan betul-betul jujur, ikhlas dan mempunyai niat baik," katanya memberitahu lebih memilih keserasian berbanding paras rupa.
Menurutnya, dia memilih ciri lelaki berasal dari Kedah, sama seperti negeri asalnya sebelum suami mesej untuk berkenalan tidak lama kemudian dan mereka cuba berkawan.
Katanya, dia selesa berkawan dengan suaminya yang disifatkan tidak cepat melatah apabila bergurau dan mengakui aturan jodohnya berlaku secara santai apabila Zulfikri meminta menjadi teman hidupnya.
"Saya kemudiannya menyuruh suami berjumpa ibu bapa. Mungkin sudah sampai jodoh saya dan kami kemudiannya bertunang pada September lalu sebelum bernikah 26 November 2022.
"Sebenarnya tak sangka juga dari media sosial dapat bertemu jodoh dan ini adalah pengalaman pertama saya berkawan dengan lelaki dari medium itu.
" ada pandangan saya, usaha untuk mencari jodoh di media sosial tidak salah asalkan kita menggunakan platform itu dengan niat yang betul," katanya.
Sementara itu, Zulfikri berkata, dia sebelum ini terfikir untuk tinggal di rumah orang tua kerana sudah tertutup pintu hati untuk berkahwin selama tiga tahun selepas putus tunang, tetapi tidak menyangka jodohnya hadir melalui media sosial.
Katanya, seminggu sebelum melihat ciapan isterinya, hatinya terjentik untuk mempunyai keluarga sendiri selepas melihat beberapa rakannya sudah berkeluarga.
"Saya buang rasa malu untuk mesej isteri dan berkawan dahulu serta keluar beberapa kali. Apabila sudah rasa suka dan selesa, saya kemudian mengajaknya ke fasa hubungan serius dan halal," kata juruteknik di sebuah kilang Batu Kawan, Pulau Pinang itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cri jodoh kat internet ni jgn prcya 100%. Pstu yg tayang2 dpt khwin kat Twitter ni sllunya yg lawa2 hnsem2 je dpt, x lawa x hnsem? Free kna block. |
|
|
|
|
|
|
|
ade ke forummer yg jd calon parti ni
cer citer pengalaman korang
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak buruk dari baiknya kenal kt tenet ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adik meols skrg 26, dia kata kalu umur 30 blum ada gf lagi, dia minta meols carikan... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm jumpa kat IG tik tok etc la...
nasib la jumpa yg ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu rajin gak la try cari jodoh online.
ada 3-4 website aku join.
mcm2 perangai boleh tgk.
yg scammer pun ada (masa tu xheboh lg pasal scammer ni). kononnyer dari london kerja O&G. profile picture letak gambar herlok wpun tak hensem sgt.
yg jenis nak jumpa sokmo pun ada sampaikan kita nak spend time dgn makpak sendiri pun dia xsuka.
ada yg kata kalau kawin lagi xmo bersanding bagai (dia duda) lepas 6 bulan nampak gambar dia kawin lagi bersanding atas pelamin & dgrnyer dah cerai lepas dapat anak sorang.
apa2 pun kena hati2 sbb zaman now ramai scammer berkampung kat web cari jodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Group cari jodoh open mcm tu banyak mudarat je nanti. Sedangkn baitulmuslim yg acah2 byk rules pun ada penipu gak |
|
|
|
|
|
|
|
Kunun kalau gaji x sampai 3k, rumah xde, ptptn x bayar, sekejap kerja sekejap tak, xde simpanan 20k emergency, berpenyakit dll |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa zmn dh moden jmpa jodoh kt online xpelik pn.. medium memudahkn cara gtu
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah percaya kan jodoh online ni. tapi aku percaya ada je yg helok tapi yang tak helok pun ramai jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
pinkpunk replied at 7-2-2023 03:18 PM
banyak buruk dari baiknya kenal kt tenet ni
Yg bercinta dr skolah dpn mata pn ada yg buruk jugak… contoh tu yg kawin jutawan pastu kena pukul now ada tajuk tred jual roti jala etc
|
|
|
|
|
|
|
|
carta andartu utk rujukan semua
andartu junior - 28-34 tahun
andartu senior - 35-39 tahun
andartu forever - 40 tahun ke atas |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah ada perasaan utk terjebak dlm kancah ini : |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 7-2-2023 04:12 PM
Laki ke puan.. Kerja elok tak
Lelaki...baru kerja setahun lebih as engineer. |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear replied at 7-2-2023 04:15 PM
Lahhh iolss ingat suapa punya benang lag tu masuk isu semasa rupanya ex sofa merah ke
Tajuk nk mintak simpati lah uols…Letak lh jual roti jala kerepek segala…sperti ibu2 tunggal di luar sna.. |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 7-2-2023 04:33 PM
Meh kenal dgn anak aku
Ahhaha anak aku tgh amik law sem 2
sekufu la tu, aku mmg nk cri m ...
Haha...dia blum 30 lagi utk meols carikan....
Bebaru nie dia ada kuar dgn his ex uni mate...seblum dia dgn exgf dulu, meols ada nak kenen kan dia dgn anak kawan meols, sekali dia dpt gf lain pulak....
|
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 7-2-2023 04:09 PM
Yg bercinta dr skolah dpn mata pn ada yg buruk jugak… contoh tu yg kawin jutawan pastu kena pukul ...
???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mencari2 ni spesis takdak wali. Takdak bapak, dah mati atopon bercerai. Takdak pakcik, takdak abang atopon sepupu zantan. The fact that ko pegi cari tu la yang sah2 despret. Lantak la kalo takde jodoh pon. Kenape? Dengki tengok kawan2 kawen?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|