CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 3

Duit Terlebih Potong Sampai Lima Kali, Bila Tanya Tak Layan- Warga Emas Kesal Dilayan Macam Bola Oleh Bank

[Copy link]
Post time 7-2-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode
SAUDARA PENGARANG,


Aduan telah dibuat kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Rembau berhubung transaksi pengeluaran wang yang terlebih dipotong oleh bank itu melalui sistem e-pembayaran, iaitu JomPAY untuk bayaran bil Celcom saya.


Saya telah mengisi aduan dalam borang pertikaian pelanggan (BPP) pada 27 Oktober lalu. Bayaran bil Celcom saya hanya berjumlah RM37.70 tetapi telah dipotong sebanyak lima kali pada tarikh sama dengan jumlah sama.




Foto: Utusan




Ini bermakna wang dalam akaun simpanan saya yang telah terlebih bayar adalah sebanyak RM150.80. Pihak Celcom menafikan penerimaan wang dengan jumlah berkenaan meskipun dalam penyata kewangan BSN terdapat transaksi pengeluaran amaun tersebut.


Justeru, saya membuat tindakan susulan bagi mengetahui status aduan saya itu dua minggu selepas pengisian BPP di BSN Cawangan Rembau. Namun, pihak BSN menyatakan isu itu dalam tindakan.


Dua minggu kemudian, saya susulkan lagi pertanyaan itu. Jawapan masih dalam tindakan dan disarankan saya hubungi pihak perhubungan pelanggan BSN (1-300-88-1900).


Setelah tujuh panggilan susulan selepas itu dengan yang terakhir pada 17 Januari lalu, namun jawapannya masih stereotaip seperti sebelumnya.


Saya amat kecewa dengan layanan tidak responsif terhadap pelanggan. Malah, tempoh masa yang diambil begitu lama tanpa memberi maklum balas kepada pelanggan terhadap status kes tersebut.


Saya mohon kes ini diselesaikan segera dan dikembalikan semula wang yang diambil dari simpanan saya. Pihak BSN perlu peka dengan situasi saya.


Saya adalah seorang warga emas dan pesara yang begitu memerlukan wang itu untuk menyara urusan harian. – UTUSAN


ABD. RAHMAN MOHD. HASHIM, Rembau, Negeri Sembilan -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 10:42 AM | Show all posts
buruk gila service ,,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
report bnm je nanti. 2 minggu tu dlm siasatan lg rasanya. kawan akak duit gaji hilang dr bank pun sebulan jugak br dapat refund  mmg lembab bank2 malaysia ni

akak pakai satu akaun je utk bayo2 onlime ni letak dyit cukup2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:11 AM | Show all posts
bank mmg slalu lepas tgn.tabahla kalau korang tu marhaen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.041950 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list