CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4470|Reply: 37

Mata Kiri 20 Peratus Total Damage, Ben Amir Alami Tekanan Mental

  [Copy link]
Post time 7-2-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Ben Amir mendedahkan pernah melalui fasa tertekan akibat kecederaan mata kiri yang dialami sehingga terpaksa melakukan pembedahan pada Jun tahun lalu.


Enggan bercerita bagaimana punca sebenar kejadian yang berlaku, Ben atau Muhammad Amiruddin Sabaruddin, 33, memberitahu ia disebabkan berlakon babak aksi dalam sebuah penggambaran.


Foto: IG




Akibat kecederaan tersebut juga, dia mengalami rosak sepenuhnya kira-kira 20 peratus bahagian mata dan turut mengganggu penglihatan.


“Pulih selepas pembedahan mata itu ambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan juga. Tetapi dalam tempoh enam bulan sebelum ini saya memang lalui fasa tekanan dari segi mental dan fizikal.




  



“Alhamdullilah semuanya sudah pulih tetapi kita-kira 20 peratus bahagia mata total damage. Sekarang ini memandu malam agak sukar jika terlalu banyak cahaya.


“Doktor tidak sarankan untuk buat aktiviti lasak, tetapi untuk hilangkan tekanan saya keluar buat sesuatu yang saya suka seperti berjalan-jalan dan hiking,” katanya kepada mStar.




  



Ben ditemui selepas majlis Anugerah Telenovela kelapan yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu.


Pada majlis berkenaan dia menerima tiga anugerah iaitu Bintang Telenovela, Pelakon Lelaki Telenovela 2019 dan 2020.


Selepas lebih enam bulan tidak terlibat dengan penggambaran, Ben melihat tahun ini sebagai satu permulaan untuk dia buat kemunculan semula di lokasi.




  



Dalam masa sama pelakon drama Sweet Dreams ini tidak melihatkan kes saman yang melibatkan namanya sebelum ini menjejaskan kerjaya seni.


“Apa yang berlaku langsung tidak memberi impak kepada kerjaya seni. Saya masih menerima tawaran berlakon dan menang anugerah. Perkara sudah lepas tak perlu nak diungkit lagi.


“Selepas lama berehat akibat kecederaan mata ini, saya anggap tahun 2023 sebagai masa untuk buat comeback,” ujarnya.




  



Sementara itu anugerah yang diterima pada malam berkenaan juga diharap dapat memberi semangat untuk dia terus berkarya.


Kata Ben dengan pengiktirafan sebegini ia membuktikan segala pengorbanan selama sepuluh tahun bergelar anak seni berbaloi.


“Ini pertama kali dalam hidup dapat tiga anugerah sekaligus dalam satu malam. Rasanya segala pengorbanan selama 10 tahun ini berbaloi,” ucapnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:09 PM | Show all posts
get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex tolong jadi mata Ben Amir.
Sian heolls.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:25 PM | Show all posts
semoga cpt sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 7-2-2023 04:17 PM
@Kurex tolong jadi mata Ben Amir.
Sian heolls.

haaahhhaaaaahahh

only response if involves zul esbok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Emsem ah budak ben ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
gaya cerita mcm total damage takleh guna lgsg sebelah mata. siap tekanan mental.
pasni blh la belakon balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 05:13 PM | Show all posts
semoga cepat sembuhhh gittuhh.... satu lagi potong la rambut tu dikkk... menyucuk2 mata kot rambut panjang macamtu... lagi la damage mata tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Member sekolah macik
Buta sebelah mata dari kecik
Tapi mata dia nampak normal tak juling apa semua

Relax aje sampai masuk uni keje profesional
Takde pun canang saya buta sebelah mata
Dah lah lawa
Kawen dengan ongkaya

Back to topic
Dah kalau Ben ni sampai tekanan mental
1. Saman produksi
2. Berhenti berlakon dan tumpu kesihatan
3. Kurangkan main fon bagi mata rehat

Macik nda suka orang beria
Bila beria ni macam dia aje yang tersiksa
Padahal ramai lagi orang tak bernasib baik dari kocik
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:15 PM | Show all posts
she replied at 7-2-2023 05:32 PM
Member sekolah macik
Buta sebelah mata dari kecik
Tapi mata dia nampak normal tak juling apa semua

beza uols buta dari kecik dengan hilang deria tiba2 padahal sebelumnya normal
bayangkan kau normal ada dua tangan, tiba2 satu hari eksiden dua tangan kena potong
benda permanent pulak, kena belajar hidup takde tangan. padahal sebelum ni semua benda kau boleh buat sendiri, tiba2 kena bergantung dengan org untuk task tertentu. beban kepada pemikiran


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 7-2-2023 08:15 PM
beza uols buta dari kecik dengan hilang deria tiba2 padahal sebelumnya normal
bayangkan kau normal ...

Sayammm

Kawan macik tu atlit negeri uolsss
Dia buta masa sekolah menengah

Takkan sebab dia bukan artis
So kebutaan dia dianggap tak sama level dengan Ben ni
Ben ni belum buta
Baru 20 persen aje rosaknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 7-2-2023 12:19 PM
Sayammm

Kawan macik tu atlit negeri uolsss

Sblom ni mata Ben ni xrabun, lps incident tu rabun jauh dgn dekat kena pakai spek berpower
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
love_warrior replied at 7-2-2023 08:21 PM
Sblom ni mata Ben ni xrabun, lps incident tu rabun jauh dgn dekat kena pakai spek berpower

Iye sayam macik tahu
Dah kenapa komer nak cakap macik salah faham pulak
Macik mengomen kalau karier artis ni membebankan
Kenapa masih diteruskan

Mencanang2 di media tentang 20 persen kerosakan mata (rabun)
Itu risiko seorang pelakon patah riuk luka
Sebab tu artis luar ambil insurans anggota badan

Dah jadi kije pulop macik nak kena berdebat pasal Ben ni
Yihhhhhhhh cubit nak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:03 PM | Show all posts
lately turun naik oftal, kadang2 teringat dia ni. syafakallah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:15 PM | Show all posts
she replied at 7-2-2023 08:19 PM
Sayammm

Kawan macik tu atlit negeri uolsss

Ayat uols sendiri tadi yang kata buta dari kecik.



anyway benda baru jadi, normallah untuk org take time nak accept. lama2 nanti okaylah.
human and their fear of the unknown itu memang fitrah pun


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 7-2-2023 08:15 PM
beza uols buta dari kecik dengan hilang deria tiba2 padahal sebelumnya normal
bayangkan kau normal ...

Adik ipar ai ,mata rosak. Tak silap adik ai ckp saraf rosak. Nampak normal tp tak tak nmpk. Kira buta sebelah la. Tak boleh buat apa.
Muda lagi dlm 30an
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg cpt sembuh.sebijik muka lisa surihani versi lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 7-2-2023 11:49 PM
Adik ipar ai ,mata rosak. Tak silap adik ai ckp saraf rosak. Nampak normal tp tak tak nmpk. Kira b ...

Kenapa..sbb kencing manis ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mzsnam replied at 7-2-2023 11:58 PM
Kenapa..sbb kencing manis ke..

Tak bukan sebab diabetes. Mulanya mata macam kabur,cek doktor ,doktor kata saraf rosak. Mmg tak boleh buat apa2. Sebelah aje. Hrapnya yg sebelah ok. Anak kecik lagi baru nak masuk 3 tahun. Tgk mata dia mmg takde cacat cela tpi adik ai ckp makin lama makin kabur Dan buta sebelah.  Adik ai lelaki.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.064778 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list