Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan sesi persekolahan di Semenanjung dianjakkan kepada pukul 8 pagi, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata KPM mengambil maklum cadangan itu dan pandangan yang dibuat pelbagai pihak berhubung syor itu, namun pihaknya memutuskan ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan ketika ini.
FB
"Kita mendengar pandangan itu tetapi pastinya kementerian juga perlu mengambil kira maklum balas ibu bapa serta semua pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.
"Saya pasti semua cadangan ini akan saya ambil kira tetapi untuk hari ini tidak ada ketetapan yang kita buat berkaitan cadangan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 2023 di sini hari ini.
Beberapa hari lepas, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad mencadangkan kerajaan menetapkan sesi persekolahan di Semenanjung bermula 8 pagi.
Katanya, langkah itu bagi memastikan guru, ibu bapa dan anak mempunyai masa mencukupi bagi mengatur jadual perjalanan masing-masing.
Sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.
Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya mahu NUTP terus menjadi rakan strategik KPM dengan melakukan proses semak dan imbang terhadap setiap dasar serta penambahbaikan dalam sektor pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan kementerian.
"Saya yakin dengan peranan yang boleh dimainkan NUTP, khususnya dalam soal menjaga kebajikan warga guru dan atas faktor itu saya tidak keberatan melantik Presiden NUTP sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan," katanya.
Baguslah. Menteri ni bagus sebab dapat melihat keutamaan dan bunuh terus isu yang tak berapa penting ini dari berpanjangan.
Tak seperti isu kasut hitam berbulan-bulan seoalah-olah ianya isu yang susah untuk diselesaikan... yang menunjukkan pentadbir tak dapat lihat keutamaan dan suka bermain dengan perasaan barangkaali sebab syok sendiri
Sepatutnya dia terusk keluarkan kenyataan untuk bagi tahu beberapa isu yang jadi keutamaan supaya isu waktu nak datang sekolah ni tak berpanjangan...
Post time 4-2-2023 08:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Alaaa xpayahla sekolah pukoi8..skg ni dah aman2 dah sekolah pukoi730..kena dgn timing aii..skali jln ja semua..hantar ank sekolah..hantar ank ke rumah baby sitter..baru odw gerak p tempat kerja..nti kalau sekolah start pukoi8 aii terkejar2 plak sbb hubby masuk kerja pukoi8...aii masuk kerja 930..
Post time 4-2-2023 08:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mengada sgt nk mula kul 8 pesal. Kita dulu skolah elok je mula 7.30. skang ni...selamba je kul 8.30 smpi skolah. Ble amik.tindakan, trus xnk dtg alasan ckgu mrh. Mcm mana nk disiplin..
Post time 4-2-2023 08:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sapa la 60% yg setuju tu mesti set2 influencer yg tak kuar subuh buta nk g keje.
Pastu yg duk kat kg keje sendiri anak plak sekolah satu sesi.
Masuk lambat bermaksud lambat la balik sekolah.
Sudah2 laa mengarut, kat bandar besar sprt selangor dan KL sekolah rata2 2 sesi.
Satu kelas 46 murid utk darjah 1 nih.
Bapaklaa ramai murid.
Post time 4-2-2023 10:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Fokus pada silibus dah masalah beg berat. Anak aku darjah 2, berat x sampai 20kg. Hari khamis ada 5 subject, beg dia lagi berat dari bag laptop aku.
Silibus pon mengarut, budak darjah 2 bina ayat pon tunggang langgang dah disuruh belajar maksud tersurat. Mak bapak pulak sakit kepala nak bantu anak buat homework. Subject seni pon kadang2 bagi projek yg kena guna pisau & superglue. Kalau dah guna superglue, kena la mak bapak tolong padahal sepatutnya kerja2 subjek seni ni untuk asah bakat anak2.
Post time 4-2-2023 05:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Elok msuk 7.30 cm biasa,makin lmbt msuk tetap sama je mslh kalau mentality kuno yg pmalas dibesarkn..blik untuk sesi ptg pkul bpe kang.7mlm pulak ke?ntah pape je
masa anak aku Pasti dulu cam ginilah...
dah lah bebudak halus2 4 ke 6 thn....
caretaker bukak pagar bukak pintu blah...
parents main tinggal je anak, padahal mmg xde org dewasa...
ko nak harapkan parents yg x keje dok lepak2 membawang jaga anak kau...
aku mmg tunggu hingga cikgu sampai...
mmg mendidih lah...kadang2 7.30am x nampak batang hidung...
org nak p keje dah...mmg kelam kabut...
Post time 4-2-2023 06:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Betul la.walau aku xde anak aku rasa benda ni bukan priority buat masa skrg.yg prof tu pun x leh ke cadangkan benda2 isu pendidikan lain yg lebih besar,penting dan berfaedah.
Recently, Education expert from the Education Diversity Study Center of the National University of Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad said that schools in Peninsular Malaysia should start at 8am.
dia berdasarkan sembang kedai kopi atau ada buat bancian?
mula 7.30 atau 8 sesak jalan tetap berlaku, celah mana membawa kegembiraan?
bangun awal tu perkara bagus. isu sempat ke tak breakfast dengan family tu menjadi masalah dengan waktu yang asal.
ni takda kaitan langsung dengan pendidikan, ke saja nak bodek menteri baru.
Post time 4-2-2023 07:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by MissYouSayang at 4-2-2023 08:10 PM
Kalo acik² forum nak tau prof ukm terpaling tu mmg suke mencapap semua isu. Balik2 muka dia je dlm news. X paham betul nape reporter suke sgt ambil pendapat syok sendiri dia ni
Pastu kan, iols ghaser pendapat ntah pape dari prof ni mcm ada pengaruh besar setiap kali menteri pelajaran naik utk execute any plans dlm kpm.
Post time 4-2-2023 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingerpressor at 4-2-2023 07:57 PM
monreyes replied at 4-2-2023 05:33 PM
masa anak aku Pasti dulu cam ginilah...
dah lah bebudak halus2 4 ke 6 thn....
caretaker bukak pagar ...
Ko nak mendidih pasal apo? Dah ini kehidupan yg ko pilih kheunz?...dah bila org sebut kenapa kena jadi barua laki keluar kerja...ko.meroyan gatalz satu badan....ko lantang sebut yang ko bekerja bukan dipaksa...and now bila kena situasi macam ini..mana nak kena kejarkheun kerja, mana nak hantar anak ke PASTI...kenapa datang sawan babeng? Laki ko mana? Membuta goyang teloq? sebab kerja nya not on the way dgn pasti anak ko?
Jom.kita berPASTI yg ini lagi best.