CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 2

Penunggang Motor Maut Dirempuh Pemandu Lori Mabuk

[Copy link]
Post time 3-2-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Kulai: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian 5.15 petang berlaku selepas lori yang dalam perjalanan dari Air Bemban ke Plaza Tol Sedenak hilang kawalan hingga merempuh motosikal berkenaan pada arah sama.


Menurutnya, penunggang motosikal yang juga berusia 48 tahun parah di kepala dan badan disahkan maut di tempat kejadian.




Gambar Hiasan




Katanya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tujuan bedah siasat.


"emandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi siasatan lanjut.


"Hasil ujian pernafasan menunjukkan pemandu lori positif alkohol. Lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga 6 Februari (Isnin depan)," katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tujuan dicincang-cincang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nyaaaa ????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.181323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list