CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 7

'Isteri Hanya Untuk Tatapan Saya' - Hafidz Roshdi

[Copy link]
Post time 2-2-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Susulan dikaitkan dengan isu curang, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya membuka mulut menjawab pelbagai spekulasi dan dakwaan mengenai rumah tangganya, baru-baru ini.


Menurut Hafidz, 29, dia tidak pasti dari mana datang khabar angin tersebut kerana dia dan isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berada dalam keadaan baik-baik sahaja.




IG




"Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa.


"Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa," katanya kepada mStar.


Sebelum ini nama Hafidz menjadi bualan netizen selepas timbul gosip mendakwa dia berlaku curang dengan wanita lain dan memadam gambar bersama isterinya di media sosial.


Menjelaskan mengenai hal tersebut, Hafidz berkata dia lebih selesa untuk tidak memuat naik kehidupan keluarga di media sosial dan menjadikan platform tersebut untuk tujuan kerja sahaja.


Dia juga menafikan dakwaan kononnya gambar terbaharu bersama isteri yang dimuat naik adalah foto lama.


"Saya gunakan IG untuk kejaya saya. Saya tak post foto isteri saya kerana privacy dan isteri hanya untuk tatapan saya.


"Saya muat naik gambar terbaharu untuk menjawab fitnah orang ramai tapi ada juga yang cakap bukan-bukan... terpulanglah saya dah tak boleh nak buat apa-apa dah, itu sahaja cara saya untuk jelaskan keadaan sebenar," katanya lagi.


Sementara itu, Hafidz memberitahu dia dan isteri juga tidak terkesan atau tertekan apabila diasak dengan isu panas sebegini.


Malah sebagai seorang ketua keluarga dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk berdepan dengan dakwaan tidak berasas seperti diperkatakan.


"Isteri saya okay sahaja dan kami hidup seperti biasa, saya juga masih berkerja seperti biasa. Tiada pun rasa tertekan.


"Dalam hal ini biarlah saya uruskan dan pesan kepada isteri biarlah dia berdiam," ujarnya.


Untuk rekod, Hafidz dan isteri berkahwin pada 30 April 2016 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 10:32 PM | Show all posts
berbulu betul tangan heshe yach... ingatkan pakai inner berbulus ala2 cheta yang soo yesteryears tu...

btw takpelah apis oiii teruskan jah membahagiakan isteri dan gembira sama2... jangan di sondol dek ira zakar sudah... kalau di sondol ira zakar habis la kau kena kecam 7 keturunan... kalau di sondol peah tu lain cerita.. kaka maafkan gittuhh.. tapi bukan kau la yang di maafin... nak suruh kau pakai tudung untuk sucikan imej balik kau tu jantan... so jangan berani nak mengatal yach...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dia xpost gambar bini mngkin sbb xnak org face shaming bini dia kot. satgi kata xpadan lah apa lah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah la. Kalo takde angin, masakan pokok bergoyang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 2-2-2023 10:51 PM
Entah la. Kalo takde angin, masakan pokok bergoyang.

Kat sopiah barkoba pun uols fikir cemni tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibe tringt Hisyam Hamid. Dlu dia rajen upload pic bini dia mel tu. Sejak bila tah dah diam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeye je la. Biasa yg tersebar ni legit je. Xde lg yg xlegit. Em
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-2-2023 11:02 PM
Kat sopiah barkoba pun uols fikir cemni tak?

Hahahaha. Sama je. Piah pn aku pk bnda sama gak. Cuma nabelah tu over nau. Gigih bekap laki yg Sah2 boya. Giteww aku ot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.203937 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list