CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 1

Lelaki Teruja Jumpa Wang Lama Ditanam Dalam Dinding Rumah Baru Dibeli, Dapat Jual RM156,000

[Copy link]
Post time 2-2-2023 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Sepanyol menemui wang tunai 'lama yang diletakkan dalam enam tabung dan ditanam dalam dinding sebuah rumah baharu dibelinya baru-baru ini, lapor Mirror News.


Tono Pineiro ditemui berkata, wang tersebut berjumlah £47,000 (RM245,000) yang ditemui semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.




Pineiro menemui wang tunai dalam tabung ditanam dalam dinding rumah. - Agensi





Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama dan pihak bank sudah menghentikan pengeluarannya sejak 2002.


"Saya pergi bank untuk mengesahkan mata wang ini dan malangnya mereka sudah menghentikan pengeluarannya lebih 20 tahun lalu," katanya.


Namun, idea Peneiro menjual wang lama tersebut kepada pengumpul wang lama atau numismatik telah membuahkan hasil apabila dia memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).


"Saya rasa mereka menyimpan dalam tabung ini bagi menghalang kelembapan wang tunai ini supaya tidak mudah rosak," katanya sambil menambah dia akan menyimpan saki baki wang itu sebagai cenderahati.




Sumber: Sinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 09:28 AM | Show all posts
aiya 20 tahun dah xlaku ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list