CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 9

JDT Cemerlang, Raih Tangga Ke-15 Senarai Pasukan Terbaik Asia, Tempat Ke-250 Di Dunia

[Copy link]
Post time 2-2-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Johor Darul Takzim (JDT) terus memahat nama sebagai pasukan bola sepak terulung mewakili liga Malaysia.


Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, JDT diletakkan pada kedudukan ke-15 terbaik dalam kalangan kelab Asia bagi tahun 2022.


Kedudukan itu diletakkan oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) dengan skuad Harimau Selatan menduduki tempat ke-250 daripada 500 pasukan terbaik kelab bola sepak lelaki dunia tahun 2022.




Foto: RTM




Persembahan cemerlang JDT terutama dalam saingan Liga M musim lalu selain mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) dilihat menjadi antara faktor penyumbang mereka mendapat pengiktirafan itu.


Berada di tangga ke-250 di dunia, JDT mengatasi beberapa kelab lebih terkemuka seperti FC Lorient (Perancis), Vissel Kobe (Jepun), FC Seoul (Korea Selatan), Torino FC (Itali) dan Brentford (England).


Kelab Liga Korea atau K League, Jeonbuk Hyundai Motors berada di kedudukan teratas kelab terbaik Asia dan menduduki tempat ke-42 dunia.


Satu lagi kelab K League, Ulsan Hyundai FC muncul pasukan kedua terbaik Asia selepas menduduki tempat ke-99 diikuti kelab Al Hilal dari Arab Saudi yang menduduki tempat ke-115.


Menurut IFFHS, kelab serie A Brazil, CR Flamengo adalah kelab terbaik di dunia selepas meraih dua kejuaraan iaitu Copa do Brazil 2022 dan Copa Libertadores.


Tempat kedua turut dikuasai lagi kelab Brazil, SE Palmeiras diikuti gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, Chelsea dan Manchester City yang mana berada di kedudukan ketiga, keempat dan kelima dunia. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita ramei ramei gelabah teks sambil ketip puting dgn penyepit....yg puting termasuk embedded dlm isi...dont bother
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Muahhhh to JDT.

Rinduuuu nk blk JDT.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:38 AM | Show all posts
keysahhhh??? bangga la bos gndu dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Condolonces to haters.
- from Brazil
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:05 AM | Show all posts
Perkara itu pastinya diraikan penyokong bola sepak tanah air dengan ada daripada mereka yang menumpang kegembiraan JDT selain mengharapkan kejayaan berkenaan dapat diteruskan.

Tetapi, di sebalik kegirangan itu, terlihat juga beberapa usikan daripada segelintir peminat fanatik yang tidak melihat pencapaian skuad Harimau Selatan sebagai satu sejarah tersendiri.

Hal itu adalah kerana mereka menggunakan hujah bahawa pasukan Utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) FC juga pernah berada di tahap sedemikian.

Ketika kelab itu masih bergelar Kedah FA, mereka pernah menduduki tangga ke-111 antara pasukan terbaik dunia dan kekal di posisi tersebut dari Julai 2007 hingga Ogos 2008

Perkara berkenaan pastinya tidak mengejutkan penyokong tegar bola sepak tempatan apabila pasukan yang berada di bawah kendalian Azraai Khor itu mempunyai sejarah tersendiri.


Kedah FA pernah berada di tahap berbeza ketika zaman kegemilangan mereka. — Facebook/Kedah FA

Pencapaian 'double treble' yang cukup bermakna itu membolehkan mereka bergelar sebagai antara skuad terbaik pernah disaksikan dengan barisan pemain cukup berkualiti.

Usikan tersebut sepertinya dengan sengaja ditujukan YM Putera Awang terhadap penyokong JDT apabila dia membangkitkan perkara itu dalam laman Facebook JDT SOUTHERN TIGER Club.

"Laaa, berada di tangga ke-250 antara kelab terbaik dunia kah?" ujarnya sambil menyertakan statistik yang diterbitkan IFFHS pada 2007.

Jadi, seperti dijangka, ia pastinya mengundang rasa kurang senang dengan ruangan komen dipenuhi cemuhan sinis daripada penyokong skuad Harimau Selatan.

"Tidak lama selepas itu, pada 2009, Kedah FA jatuh ke divisyen bawahan. Sudah-sudahlah tu. Ohh, biar jasa jadi kenangan, lupa pula itu ialah slogan KDA FC," kata Kamarul Fairuz Sharif.

"Sebelum ini, memanglah pernah berada di kedudukan ke-111 kelab-kelab seluruh dunia. Tapi, sekarang ini, main pun kurang menyerlah," kata Syafiq Haikal. — Majoriti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:06 AM | Show all posts
Mau sembang pasal sejarah kalu, Kedah pernah lagi atas dari Aston Villa, Mancity dan PSG....hahahahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:39 AM | Show all posts
axl_bach replied at 3-2-2023 10:06 AM
Mau sembang pasal sejarah kalu, Kedah pernah lagi atas dari Aston Villa, Mancity dan PSG....hahahaha ...

habislah mael kena sembur dengan sanusi satgi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:59 AM | Show all posts
tak disangkal, kalau takde turning point yg TMJ buat, ntah bila la lagi nak tunggu bola sepak msia berubah seperti sekarang, haters tu mana-mana je bersepah. kalau dah mata lalat bunga di depan pon masih nampak tahi , so sekarang bnyk pasukan dah mula buka mata untuk upgrade sikit2 ok la tu. yang penting membawa kpd perubahan. so mungkin lagi 2-3 tahun kita akan ada lagi bnyk pasukan seperti jdt, baru meriah liga M. setiap tahun JDT je yg borong piala bosan juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.271525 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list