CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 6

Wawa Zainal hadiah rumah, pujuk ibu bapa tinggal berdekatan

[Copy link]
Post time 2-2-2023 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Wawa Zainal hadiah rumah, pujuk ibu bapa tinggal berdekatan


Wawa Zainal

Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal menghadiahkan kedua ibu bapanya sebuah rumah teres setingkat di ibu kota untuk memastikan mereka dapat tinggal berdekatan dengannya.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram, Wawa atau nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel berkata, dia juga mengambil masa yang lama untuk memujuk kedua ibu bapanya berpindah ke Semenanjung supaya dapat tinggal berdekatan dengannya.

"Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya, dia (mak) setuju dan Wawa decide (putuskan) untuk belikan rumah untuk mak dan bapak. Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi bila fikir mereka duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun tangga. Jadi Wawa cari rumah setingkat.

"Bila tengok keadaan rumah yang dibeli ini agak lama telan air liur juga. Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi Wawa memang percaya yang pereka hiasan dalaman boleh jadikan rumah ini rumah baru dan cuba tengok, lawa kan? Sangat cozy (selesa)," tulisnya.

Menerusi perkongsian video itu juga, Wawa yang berasal dari Sabah turut meluahkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya itu.

"Kepada mak ku sayang yang melahirkan Wawa ke dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak dan bapak dunia akhirat," tulisnya lagi.

Dalam perkongsian video itu juga, kedua ibu bapa Wawa nampak berasa sebak dan terharu sehingga menitiskan air mata dengan hadiah kediaman dari anaknya itu.

Malah, bapanya juga turut mendoakan Wawa dimurahkan lagi rezeki dan dipanjangkan umurnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen di Instagram, ramai pengikut termasuk rakan artis turut mendoakan Wawa terus dilimpahkan lagi rezeki kerana berbakti kepada ibu dan bapanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -tinggal-berdekatan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow…tahniah la agent2 yang membuatkan pasangan ni kaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
knp nak suruh makpak nya dok sini.
Sana tak de adik beradik lain ke tlg tengok kan
Buat la banglow sebijik dkt sabah tu utk org tua mu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bidionya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:56 PM | Show all posts
Deme ni kisah asyik tayang rete and byk duit je.
Bosan la
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli.ke sewa?
Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang cantik sentias murah rezeki.
Dorang mudah nk wat duit, ramai org suka tgk kehidupan dorang, apa yg dorang mkn dan pakai jd boleh la nk menjual apa pun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-8-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.038255 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list