View: 568|Reply: 1
|
JDT tidak sabar uji stadium baharu
[Copy link]
|
|
TUNKU ISMAIL (kanan) dan pasukan JDT sudah tidak sabar untuk menguji pasukan tuan rumah di stadium baharu yang dijangka siap 2026 nanti.
JDT tidak sabar uji stadium baharu
PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Stadium Shah Alam yang serba moden itu dapat direalisasikan, sekali gus menjadi kebanggaan penyokong pasukan Gergasi Merah.
“Saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu menjadi satu kenyataan dimana rakyat Selangor boleh berbangga. JDT pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut.
“Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan meniadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak negara,” kata Tunku Ismail menerusi laman Instagram kelmarin.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu turut menjelaskan, beliau tidak cemburu dengan pembinaan stadium terbabit meskipun mempersoalkan kos pembinaan stadium berkenaan yang membabitkan nilai lebih RM700 juta.
Menurut TMJ, kos pembinaan Komplek Sukan Shah Alam yang dianggap murah sedangkan ia membabitkan penggunaan kelengkapan berteknologi canggih selain membandingkan dengan pembinaan Kompleks Sukan Singapura yang mencecah RM2 bilion.
Stadium Shah Alam bakal dilengkapi teknologi tinggi selain venue berkenaan turut menggunakan sistem penyejukan tempat duduk seperti venue Piala Dunia 2022 di Qatar.
Lebih menarik, stadium yang memiliki kapasiti hingga 40,000 penyokong itu turut boleh menjadi venue untuk acara dalaman memandangkan padang bola sepak boleh ‘dikeluarkan’ secara mudah alih seperti yang ada di stadium antarabangsa di Amerika Syarikat dan England.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... uji-stadium-baharu/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|