CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 1

Mampukah QRT Imigresen Atasi Kesesakan Kemasukan Pelancong Di KLIA, KLIA2?

[Copy link]
Post time 1-2-2023 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Penempatan 30 anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, mampu mengatasi isu ‘kesesakan’ pelancong asing di pintu masuk negara serta mempercepatkan urusan berkenaan.




Khairul Dzaimee meninjau keadaan di kaunter imigresen KLIA hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman




Hal itu terbukti apabila seramai 780 pelancong diberi pelepasan masuk ke Malaysia dalam tempoh satu jam pada hari pertama penugasan pasukan terbabit hari ini, berbanding kebiasaannya 495 orang.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada jumlah petugas itu, seramai 12 orang ditempatkan di kaunter KLIA, bagi membantu pegawai lain ketika waktu puncak.


Menurutnya, QRT yang disertai 30 petugas itu, dibahagikan kepada dua pasukan, masing-masing di KLIA dan KLIA2 terdiri dari kumpulan pegawai bertugas di sektor operasi serta lain-lain perkhidmatan sokongan yang sudah diberikan pendedahan dan latihan.




Keadaan di KLIA yang sesak dengan pengunjung asing. - Gambar oleh Azim Rahman




“Pasukan QRT ini akan bertugas pada waktu puncak bermula jam 2 petang sehingga 8 malam, membabitkan 26 kaunter di KLIA. Faktor kesesakan waktu puncak ini disebabkan pemeriksaan ketat terhadap pelawat asing dari negara berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan QRT di KLIA di sini, hari ini.


Khairul Dzaimee berkata, inisiatif QRT itu juga akan dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Imigresen dan Kastam Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 6 Februari ini.


Katanya, ia selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pada masa ini, seramai 40 pegawai dari sektor operasi sedang menjalani latihan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan.


Beliau berkata, faktor kesesakan lain di kaunter Imigresen KLIA adalah ketibaan penerbangan setiap lima hingga 10 minit atau antara 26 dan 27 penerbangan dalam tempoh empat jam pada waktu puncak, selain kaunter tidak beroperasi secara optimum.


“Statistik kemasukan pelancong asing pada tahun lalu, merekodkan seramai 5,778,393 orang dengan anggaran bulanan seramai 481,532 orang atau harian 16,051 orang dan 668 setiap jam,” katanya.


Terdahulu, Perdana Menteri dilapor mengarahkan penambahan anggota Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) serta-merta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor.




Keadaan di kaunter imigresen KLIA hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman




Arahan tersebut dikeluarkan sebagai langkah menyelesaikan isu kesesakan di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Dzaimee memaklumkan, statistik kemasukan pelancong warga asing ke negara ini mencatatkan seramai 495,210 orang sehingga 31 Januari lalu.


Jelasnya, anggaran harian bagi pelancong warga asing yang masuk adalah seramai 15,975 dan 666 orang per jam.


Selain itu, beliau berkata, inisiatif menangani kesesakan di KLIA turut diperluas melalui kemudahan pintu automatik kepada pemegang pas jangka panjang yang dilancarkan pada 15 November lalu.


Ujarnya, sehingga 29 Januari lalu, seramai 15,708 pelawat Pemegang Pas Jangka Panjang sudah menggunakan kemudahan pintu automatik di KLIA.




Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 10:38 AM | Show all posts
kenapa encik Khairul Dzaimee dan rakan2 berdiri disana tak pakai mask?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035146 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list