CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 2

Penganggur Berdepan Hukuman Mati Bunuh Warga Emas

[Copy link]
Post time 1-2-2023 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penganggur berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat, Jasin, di sini bulan lalu.


Tertuduh, D. Peter, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tan Chai Wei.




Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin, Melaka atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat, Jasin, Melaka, bulan lalu.




Peter David, 20, dituduh membunuh Misah Md. Amin, 91, di KM16, Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini pada 1.30 pagi, 20 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna merah mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Mac ini sebagai sebutan semula kes dan mendapatkan laporan bedah siasat. Kes berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh.


Dalam kejadian pukul 1.50 pagi 20 Januari lalu seorang warga emas ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya.


Kematian mangsa, Misah Md. Amin, 91 yang dipercayai tinggal seorang diri di rumah tersebut, disedari jirannya yang menyewa di tanah warga emas berkenaan.


Susulan itu, seorang lelaki diberkas berhampiran kawasan kejadian pada pukul 8 pagi hari samaSemakan polis mendapati, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan berkaitan kes samun.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo. Ni kes bunuh nenek tinggal sorg ni. Nasib baik jiran dgr. Merompak sampai membunuh. Umur pon muda lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang terpikir jugak.
Cemana ek polis boleh tau setan yg mana yg bunuh.
Aku kalau jadi pegawai penyiasat, tiap2 hari aku migraine nak selesaikan pembunuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.080076 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list