CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

Messi kesal ejek Van Gaal

[Copy link]
Post time 31-1-2023 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Messi kesal ejek Van Gaal


GELAGAT Messi ketika meraikan jaringan di hadapan Van Gaal.



London: Lionel Messi akui kesal dengan sikapnya ketika dan selepas tamat aksi menentang Belanda pada suku akhir Piala Dunia di Qatar.

Messi dan rakan sepasukannya dikritik susulan tindakan melampau ketika meraikan kemenangan menerusi penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 9 Disember lalu.

Bintang Paris Saint-Germain itu meraikan jaringan penalti minit ke-73 dengan berlari di hadapan jurulatih Belanda, Louis van Gaal sambil menekup telinganya.

"Saya tahu Van Gaal memperkatakannya tetapi ia (rai jaringan) berlaku di luar jangkaan," kata Messi ketika ditemuramah media di Paris bersama Andy Kusnetzoff's "Perros de la Calle."

"Saya tak suka apa yang saya lakukan, saya tak suka apa berlaku selepas itu. Semua berlaku dengan sangat pantas."

Kapten Argentina itu dilihat bertikam lidah dengan Van Gaal dan pembantunya, Edgar Davids, selepas tamat perlawanan.

Messi turut dilaporkan mengherdik penjaring gol Belanda, Wout Weghorst ketika sesi temuramah selepas tamat perlawanan:
"Apa yang kau pandang bodoh? Kembali ke tempat kamu."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kesal-ejek-van-gaal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048770 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list