View: 1648|Reply: 23
|
[Dunia]
EDISI MASTIKA 2023: Mayat penerima vaksin jadi panas!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 1-2-2023 01:50 AM
Jepun telah melancarkan penyiasatan rasmi terhadap jumlah kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini selepas menerima vaksin Covid-19.
Menurut laporan, penyelidik Jepun telah diarahkan untuk menyiasat mekanisme yang mana jab mRNA eksperimen boleh menyebabkan kematian dan tindak balas yang teruk.
Sekolah Perubatan Universiti Hiroshima Prof. Masataka Nagao menegaskan bahawa mayat orang yang divaksin setelah dilakukan bedah siasat adalah panas luar biasa dengan suhu badan melebihi 100 darjah F.
“Kebimbangan pertama ialah suhu badan mayat sangat tinggi ketika polis melakukan bedah siasat,” jelas Nagao. "Suhu badan luar biasa tinggi iaitu 33 atau 34 darjah celsius (91-93ºF)."
Berdasarkan data graf, pasukan penyelidik Nagao mendapati terdapat perubahan ketara pada susunan genetik sistem imun pesakit yang dibedah siasat yang telah divaksin.
Melalui penyelidikan tersebut, Nagao membuat kesimpulan bahawa vaksin menyebabkan keabnormalan pada sistem imun yang menyebabkan keradangan di seluruh badan yang berkemungkinan menjadi punca suhu badan yang tinggi pada masa bedah siasat.
Dalam laporan lain, pakar dermatologi Prof. Shigetoshi Sano dari Sekolah Perubatan Universiti Kochi membincangkan penemuan protein spike pada lesi kulit dan masalah kulit lain pada pesakit yang telah diberi vaksin.
"Protein spike yang diperoleh daripada vaksin ditemui di kulit," jelas Sano sambil menunjukan slides kawasan bewarna hijau terang yang boleh dilihat oleh pewarna khas.
"Protein spike secara amnya menindas sistem imun," kata Sano kepada pemberita.
"Akibatnya, protein spike memudahkan pengaktifan semula virus herpes."
Proses protein spike merendahkan sistem imun menyebabkan keradangan di seluruh badan yang juga membawa kepada pembekuan darah, kata Sano.
"Fungsi protein spike menghasilkan tindakbalas buruk terhadap pembentukan bekuan darah," jelas Sano. "Dan lebih teruk lagi, protein spike juga boleh menyebabkan keradangan."
Bersetuju bahawa sistem imun yang ditindas menjadikan seseorang lebih terdedah kepada jangkitan, Sano berkata, "Saya tidak tahu sama ada saya harus mengatakan hal ini, tetapi telah didapati bahawa orang yang divaksinasi lebih berkemungkinan dijangkiti coronavirus berbanding orang yang tidak divaksinasi."
“Kadangkala, ada benda tidak baik telah dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Vaksinasi boleh menyebabkan sistem imun keseluruhan kita gagal untuk melawan anasir buruk itu,” tegasnya.
Penyiasat kedoktoran Prof. Emeritus Dr. Masanori Fukushima dari Universiti Kyoto mengecam Kementerian Kesihatan Jepun kerana enggan menghentikan program vaksinasi Covidnya, memetik data yang menunjukkan beberapa tindak balas teruk dan kematian berpunca daripada vaksinasi itu.
"Ramai sudah melakukan penyelidikan di seluruh dunia," Fukushima mengatakan perkara ini kepada menteri kesihatan dalam satu persidangan awal bulan ini.
“Nama berprestij Jepun dipertaruhkan. Anda telah memberi vaksin kepada ramai orang, tetapi hanya 10% daripada anggota Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan yang merupakan golongan utama kempen vaksin yang divaksinasi. Adakah ini satu jenaka?”.
https://www.city-sentinel.com/news/national-and-world/japan-launches-official-investigation-into-millions-of-covid-vaccine-deaths/article_6e40db26-f08f-53c6-9983-f1f55bf7c01a.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasa gak badan mudah keradangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prof. Emeritus Dr. Masanori Fukushima dari Universiti Kyoto ni pengikut mosus ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur tak diizin masuk dlm badan aku lagi |
|
|
|
|
|
|
|
'tidak mungkin vaksin punca kematian'
' adalah mustahil vaksin bukan punca kematuan'
Pening ayat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
jepun pun dah downgrade covid kepada just selesema biasa je
xyah kalut mcm malaikat izrail dah kat atas kepala klu kne covid
|
|
|
|
|
|
|
|
Antivaksin tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 31-1-2023 08:39 PM
'tidak mungkin vaksin punca kematian'
' adalah mustahil vaksin bukan punca kematuan'
Pening ayat ni. ...
Punca kematu kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan data graf, pasukan penyelidik Nagao mendapati terdapat perubahan ketara pada susunan genetik sistem imun pesakit yang dibedah siasat yang telah divaksin.
Benda ni yang kecoh tahun 2021 tu. Kalau artikel ni legit la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok akak dah google. Hoax site punya artikel. Sebab tu akak was2 bila tengok url tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
so.. vaksin mrna ni takkan keluar dari badan ke acaner? takleh nak detox langsung? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-1-2023 09:07 PM
Ok akak dah google. Hoax site punya artikel. Sebab tu akak was2 bila tengok url tadi.
hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
Nurdianah replied at 31-1-2023 08:32 PM
Negara maju punya approach/mentaliti...kita? Deny deny deny
Jpn demands an investigation. Msia redha |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 31-1-2023 09:03 PM
Punca kematu kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 31-1-2023 09:09 PM
so.. vaksin mrna ni takkan keluar dari badan ke acaner? takleh nak detox langsung?
Aku tak fikir boleh detox vaccine. Kurangkan symptoms, -ve side effects possible la. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 31-1-2023 08:22 PM
pure blood
Tak jugak bang. Vaksin lain i ambil. Vaksin cobid je sesuatewwh di sebalik batu |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 31-1-2023 08:41 PM
jepun pun dah downgrade covid kepada just selesema biasa je
xyah kalut mcm malaikat izrail dah kat a ...
Kan selsema biasa je |
|
|
|
|
|
|
| |
|