View: 431|Reply: 0
|
KL City sasar lima terbaik
[Copy link]
|
|
KL City sasar lima terbaik
AKSI pemain KL City ketika menentang Al Seeb pada final Piala AFC.
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur (KL) City FC menyasarkan untuk berada di kelompok lima terbaik bagi saingan Liga Super musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL, Stanley Bernard berkata, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan aksi konsisten dan pencapaian diraih pasukannya dalam dua musim terdahulu.
Jelas Stanley sekiranya skuad warga kota mampu berada di kelompok berkenaan, dia percaya mereka mampu pergi lebih jauh dalam kejohanan domestik seperti Piala Malaysia dan Piala FA.
"Sasaran kami sudah tentu untuk meraih keputusan lebih baik dari musim lepas. Jika musim lepas kita berada di kelompok enam terbaik, jadi musim ini kita mahu jadi lima terbaik dan berada dalam kelompok kelab elit.
"Saya percaya kalau kita berjaya menampilkan aksi konsisten dalam saingan liga, jadi tidak akan bermasalah untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Sebab kedua-dua kejohanan ini saling hubung kait.
"Tapi apa yang paling penting saya berharap mereka mampu untuk mengekalkan aksi yang konsisten sepanjang musim depan,"katanya kepada Arena Metro.
Musim lepas boleh dianggap antara musim cemerlang KL City apabila berjaya menamatkan saingan Liga M di kedudukan keenam selepas mengumpul 29 mata dalam 22 perlawanan.
Selain itu skuad kendalian Bojak Hodak itu juga menamatkan saingan Piala AFC di tempat kedua selepas tewas kepada Al Seeb pada perlawanan akhir.
Dalam pada itu ketika ditanya berkenaan sama ada terdapat penambahan pemain dalam skuad sedia ada, Stanley memberi bayangan perkara itu tidak akan berlaku memandangkan dia berpuas hati dengan pemain yang ada ketika ini.
Menurutnya, dengan skuad yang dianggap besar ketika ini Stanley percaya pasukannya mampu pergi lebih jauh memandangkan merek mempunya pilihan pemain yang banyak sekiranya terdapat mana-mana tonggak mengalami kecederaan atau digantung.
"Jika dahulu kita bermain dalam skuad yang mempunyai 13 hingga 16 pemain. Tetapi musim ini kita ada dalam lebih kurang 20-22 pemain. Jadi ia akan beri kestabilan dan keseimbangan buat pasukan.
"Jadi sekiranya kalau berlaku kecederaan atau digantung kami tidak akan takut dan mempunyai banyak pilihan berbanding musim lalu," ujarnya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sasar-lima-terbaik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|