CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Tempatan] Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan - Fahmi

[Copy link]
Post time 31-1-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan - Fahmi

https://www.bharian.com.my/berit ... al-diwujudkan-fahmi

Januari 31, 2023 @ 1:48pm

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Susulan itu, beliau berkata, Kementerian Komunikasi Digital (KKD) akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKD 2023 di sini, hari ini.

Fahmi berkata, beberapa pindaan membabitkan agensi di bawah KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 13 Februari ini.

"Tiada guna kalau data ada tetapi tidak selamat, jadi JPDP perlu diperkukuh dan CSM juga perlu dilonjakkan. Perkara asas ini perlu diselesaikan segera," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari ini dan Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Parlimen pada 24 Februari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Fahmi berkata, semakan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan selesai sebelum hujung Mac ini dan ketika ini sedang diadakan proses mengumpul maklum balas serta pertemuan dengan semua pihak berkaitan.

"5G memainkan peranan bukan hanya akses perkhidmatan, tetapi ia adalah cara urus teknologi dan keupayaan bantu masa depan dengan lebih baik serta lebih Madani," katanya.

Pada 13 Januari lalu, Fahmi berkata dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum penghujung suku pertama tahun ini.

– BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.153758 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list