Bob Yusof, 41, mencadangkan stesen radio dan televisyen tempatan agar lebih kerap memutarkan serta menyiarkan lagu Melayu Asli dan tradisional menerusi platform masing-masing.
Kata Bob, langkah itu perlu bagi memastikan lagu genre tersebut tidak pupus ditelan zaman.
Foto: IG
“Saya kecewa dengan sambutan lagu Melayu Asli dan tradisional di platform arus perdana yang pada saya, semakin dipinggirkan dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
“Saya yakin lagu ini masih mendapat sambutan dan mempunyai kelompok peminat yang ramai. Setiap kali membuat persembahan, pasti ada penonton yang meminta saya membawakan lagu genre itu.
“Saya harap stesen radio dan televisyen dapat memberi perhatian kepada perkara ini. Berikan ruang dan peluang untuk lagu asli serta tradisional diperdengar dan disiarkan di platform mereka,” katanya.
Naib Juara Gegar Vaganza musim ke-9 itu juga berharap, penggiat lagu Melayu Asli dan tradisional, sama ada baru atau lama diberikan lebih banyak peluang untuk menyerlah di persada seni.
“Kita ada barisan penggiat lagu tradisional dan asli generasi muda seperti Hazra Dollah, kumpulan Alun Tradisi, Rojer dan ramai lagi.
“Tetapi, mereka tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menyerlah, malah lagu mereka juga jarang diputarkan radio.
“Saya harap penyanyi seperti ini diberi peluang sewajarnya untuk berkarya kerana mereka adalah generasi yang akan menentukan kelangsungan lagu asli dan tradisional di negara kita,” jelasnya. -CARI
banyak genre lagu dah terpinggir dikkk sekarang ni...
balada semua tu pun dah tenggelam... yang nyanyi balada dan country dulu2 pun dah ke arah pop macam taylor swift...
kena terima je lah peredaran zaman.. zaman dulu yang popular genre klasik, keroncong, lepastu rock, lepastu dangdut, now zaman pop... zaman akan datang pulak j-pop (jawa pop).
di masa depan entah2 genre ASMR... muzik di buat menggunakan bunyi blender dan lesung batu serta penggiling cili... tu pun entah2 berbillionz views...
Masalahnya.....asal nak nyanyi lagu tradisional asli je terus nak in character feeling sebagai perempuan melayu sangat dah kenapa...???termasuk la kau nokkkk...!!
itu yang orang malehhh nak layan.. takde figura artis seniman tradisional lelaki yang betul-betul jantan ye.. haziq pun kelempok jua.. so siapa je?? M Daud Kilau? paling best pun arwah TS SM Salim je...dan penyanyi lelaki lain ramai yang seniman pantai timur, tapi tu lah lagu-lagu SKJP je lah banyak..
Post time 1-2-2023 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Hoola at 1-2-2023 01:49 PM
aduhai kanda bob
achik bersetujuu lagu2 tradisi diputar
tp hukum alam dik dan peredaran arus zaman
apapun achik masih mndgr klasikfm tika drive pi kja
selain lagu 60an,80an...moga klasikfm terus mmutar lagu tradisi spt joget, kroncong dan seirma dgnnya...sptmana impian kanda bob