CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2754|Reply: 36

"Kepada Semua Termasuk Influencer, Artis Sendu Hot Ke Tak, Berhenti Buat Parodi Mengenai Sissy, Naim Dan Mummy. Tak Kelakar" - Ayda Jebat

  [Copy link]
Post time 27-1-2023 02:36 AM | Show all posts |Read mode





Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mula menerima kritikan ramai apabila gayanya mengkritik penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel dianggap keterlaluan ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo pada minggu keenam.

Menyedari ramai yang cuba mengambil peluang "menumpang" disebalik isu itu, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat memohon orang ramai supaya berhenti membuat parodi menggunakan nama Sissy Iman, Naim dan Mummy (Mas Idayu) untuk dijadikan konten di media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Ayda di IG storynya, dia menegaskan tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali memandangkan ia menyentuh isu sensitif yang membuatkan keadaan bertambah lebih keruh.





Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu hot ke tak, berhenti buat parodi mengenai Sissy, Naim dan Mummy.

“Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu nak tumpang dengan isu yang ada. jadi minyak nak tambah api, cari bahan dan cara lain untuk buat content atau jadi terkenal. Semoga berjaya ye. Sekian, terima kasih,” katanya.


  


Dalam pada itu, pelakon yang berusia 31 tahun itu turut menitipkan kata-kata semangat buat Sissy Iman dan Naim supaya kembali beraksi di pentas Famili Duo dengan penuh semangat.

Jelasnya, dia berharap agar pasangan sepupu itu dapat kembali dengan pemikiran yang positif dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan kelak.



  


“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positif, semangat, insya-Allah semuanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.





Selain Mas Idayu, Ajai juga merupakan juri untuk rancangan televisyen realiti Famili Duo Musim Ke-2 yang disiarkan di TV3 manakala juri tetap Famili Duo Musim pertama pada tahun 2021 adalah Mark Adam dan Didie Alias. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat parodi pasal fina mat aris?


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:14 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-1-2023 02:37 AM
Buat parodi pasal fina mat aris?

khennn... baik buat parodi sesi isteri pertama tarik2 rambut sampai tercabut wig madu lagi lawak dan meletop...

harap2 ada tiktoker ponen ber drag malam cuti ni untuk buat konten jadi fyna botol kicap di tarik rambut dan di henyak dek bini pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:38 AM | Show all posts
Kau sapa nak suruh orang stop
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang patut stop ialah panggil Mummy. Heran orang boleh senang2 panggil orang Mummy, Daddy segala toknenek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai sebut artis sendu?? Wow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Si bibir nipis ni bila dah buka mulut kalah mulut dsv yg tebal tu. Parodi tu la yg sedikit sebanyak naikkqn namq penyanyi sendu macam sissy iman yg iman tak kuad tu…
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-1-2023 06:37 PM
Buat parodi pasal fina mat aris?

Setuju. Hopefully ada yg buat, tgk apa pula komen dia kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 27-1-2023 07:17 AM

Diamlah ko.sibuk memekak.. Baik ko fokus nk masuk final
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 27-1-2023 04:32 AM
Yang patut stop ialah panggil Mummy. Heran orang boleh senang2 panggil orang Mummy, Daddy segala tok ...

Ya.. patut stop. Dok panggil mummy, mummy , dah macam ibu ayam pulak.
Dah la dia memang ada tokoh pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
piyek92 replied at 26-1-2023 08:35 PM
Pandai sebut artis sendu?? Wow

Dia baca forum cari...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia suruh buat parody fyna dgn tin zalina kat kedai mamak agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 27-1-2023 07:51 AM
Dia baca forum cari...

Ke dia pun porumer
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 09:55 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 27-1-2023 04:32 AM
Yang patut stop ialah panggil Mummy. Heran orang boleh senang2 panggil orang Mummy, Daddy segala tok ...

Takleh nak buat apa dah tuh budaya yang bersebati sejak sekolah asrama panggil warden/cikgu ayahanda/bonda, kat uni pun sama, dalam politaik pon sama, macam takdak makpak kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:07 AM | Show all posts
jalfa replied at 27-1-2023 08:12 AM
Dia suruh buat parody fyna dgn tin zalina kat kedai mamak agaknya

Ada video ke adengan panas ni? Fyna pun..mcm tak ada lelaki yang single. Nak jugak kacau husban orang. Tapi tu la..yang lelaki pun sama naiknya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 27-1-2023 09:55 AM
Takleh nak buat apa dah tuh budaya yang bersebati sejak sekolah asrama panggil warden/cikgu ayahan ...

Sekarang aje kot.dedulu x de pon kitaorang kat asrama pangil pangilan camni.sek aku aku pon pengetua di panggil bonda....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
I tau pasal masdayu marah pina zah ninlepas tgk parody kat tiktok.. nak tgk bideo asal malas pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:31 AM | Show all posts
jalfa replied at 27-1-2023 10:12 AM
Sekarang aje kot.dedulu x de pon kitaorang kat asrama pangil pangilan camni.sek aku aku pon penget ...

Kehkehkeh masa orang lain berayahanda berbonda aku tak panggil pun. Aku tatap cikgu jahhh lantaklah ko kat situuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:39 AM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 27-1-2023 06:06 AM
Si bibir nipis ni bila dah buka mulut kalah mulut dsv yg tebal tu. Parodi tu la yg sedikit sebanyak  ...

sebut bibir nipis ni teringat tasha shila hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 27-1-2023 07:16 AM
Diamlah ko.sibuk memekak.. Baik ko fokus nk masuk final

Cakap orang tp dia pun nak lime lite
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082883 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list