CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 8

Tak Ada Passport Tapi Dah Sampai Ke Thailand, Wanita Alami Kemurungan Dikhuatiri Jadi Mangsa Penipuan Sindiket Pekerjaan

[Copy link]
Post time 26-1-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Kluang: Wanita yang menghidapi kemurungan dibimbangi menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan selepas gagal ditemui sejak keluar dari kediaman di Taman Desa Peringat, Melor, Kelantan 29 November tahun lalu.


Menurut adik mangsa, Muhammad Afiq Azmi, 26, kali terakhir kakaknya, Norayuni Azmi, 27, yang juga anak kedua daripada lima beradik itu dikesan keluar dari sempadan Malaysia di Rantau Panjang, Kelantan pada hari yang sama.


Katanya, keluarganya mengesyaki kakak yang masih bujang itu terpedaya dengan tawaran sindiket di laman sosial yang berjanji mahu memberikannya pekerjaan di Johor Bahru.




Foto: Harian Metro




"Saya mengesyaki kakak saya terpedaya dengan sindiket pekerjaan kerana saya mempunyai akses terhadap akaun media sosialnya kerana kakak perlu dipantau disebabkan tidak sihat dan sering kemurungan.


"Dua tiga hari sebelum hilang, kakak beritahu dia mahu kerja di Johor Bahru dan keluarga menghalang niatnya itu kerana dia tak sihat, suka termenung dan bercakap seorang diri selain perlu makan ubat penenang setiap hari," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, dua hari selepas hilang, dia terkejut kerana mendapati Norayuni berada di Bangkok, Thailand ketika menjejaki lokasi media sosial kakaknya.


"Keluarga terperanjat kerana dia tak pernah ada pasport dan kami memang tak sedap hati takut terjadi seperti kes penipuan pekerjaan melalui Thailand ke Myanmar yang tengah tular sekarang ini," katanya.


Muhammad Afiq berkata, dia sudah berusaha membuat hebahan kehilangan itu di laman sosial selain berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana namun usahanya buntu dan gagal menjejaki kakaknya.


"Saya cuba mendapatkan maklumat di pejabat Imigresen di Kelantan dan mereka memberitahu kakak saya membuat permohonan pasport pada 21 November 2022 dan 27 November berikutnya pasportnya sudah siap dan diambil.


"ihak berkenaan memberitahu, kakak saya memasuki Thailand secara sah melalui Rantau Panjang, pada hari sama dia keluar rumah di Kota Bahru," katanya.


Afiq berkata, kemudian pada 11 Disember lalu, dia mendapat pesanan daripada seorang lelaki warga Thailand di laman Facebook yang memberitahu dia menemui kad pengenalan, lesen, pasport dan beg duit kakaknya di sebuah restoran makanan segera di Bangkok.


"Lelaki itu dapat mencari saya kerana hebahan di Facebook yang berisi semua butiran kakak saya dan dia memberitahu sudah melaporkan kepada polis Thailand penemuan barangan itu," katanya.


Katanya, berharap bantuan pihak berkuasa menyiasat kes itu termasuk melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran makanan segera itu.


"ihak Kedutaan Malaysia di Thailand sudah mengambil semua dokumen kakak dan saya berharap jasa baik mana-mana pihak untuk membantu mengesan jejak kakak saya," katanya.


Katanya, ibu dan bapanya yang sudah uzur tidak diberitahu perkara yang boleh membuatkan mereka runsing dan dia terpaksa memberitahu berita positif saja mengenai kes kakaknya itu.


Dia berkata, keluarga sudah membuat laporan kes kehilangan kakaknya itu di Balai Polis Melor, Kota Bahru pada 1 Disember 2022. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 04:28 PM | Show all posts
Allahuuu. tak tahu nak cakap apa dah. tapi mujur adik beradik cakna dan cepat bertindak. moga ditemui dengan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 05:42 PM | Show all posts
murung ke ikut boiprennnngg sis?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
baiknya seorang adik. beruntung kakak ada adik mcm ni  semoga kakaknya selamat dan kembali dgn selamat  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 08:40 AM | Show all posts
entahla mental ni ssh sikit nak marah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dijumpai semula..Amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dijumpai semila dengan selamat..lawa jugak orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah sampai thailand… susah nak husnuzon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2023 11:50 AM | Show all posts
semoga dipermudahkn urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.772694 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list