View: 940|Reply: 15
|
Lelaki Lari Pecut Naik Motor Tinggalkan Tunang Sendiri Tepi Jalan Sebab Nak Elak Ditahan JPJ
[Copy link]
|
|
Butterworth: Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika menghentikan jenteranya secara mengejut pada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau, malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 terbabit berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.
"Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.
"Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.
"Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar," katanya.
 Foto: Harian Metro
Dia ditemui media pada Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina malam tadi.
Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan dia turut menangis serta merayu supaya motosikal Honda Vario miliknya tidak disita.
Katanya, remaja yang bekerja di sebuah premis peminjam wang berlesen itu baru membeli motosikal berkenaan dua bulan lalu dengan bayaran ansuran bulanan RM480.
"Remaja itu kemudiannya dibawa pulang oleh ahli keluarga," katanya.
Operasi yang turut membabitkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu turut menahan dua lelaki warga Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain 10 lelaki berusia 20-an hingga 30-an yang didapati positif Methamphetamine serta ganja.
Terdahulu Adenan berkata, 2,043 motosikal diperiksa sepanjang empat hari operasi itu diadakan di lorong motosikal di dua lagi lokasi iaitu Plaza Tol Juru Arah Utara dan Plaza Tol Sungai Dua Selatan dengan 301 kenderaan diambil tindakan membabitkan 473 kesalahan.
"Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan JPJ.
"Kita mendapati, kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi mencecah 100 kes dan ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal berhubung perkara itu masih berada pada tahap rendah," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
So da bole putus tunang la klu gini gaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah membayangkan kalau dah menikah,
ada road block lari tinggal anak bini dalam keta. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 26-1-2023 04:20 PM
Tengah membayangkan kalau dah menikah,
ada road block lari tinggal anak bini dalam keta.
Hari tu ada kes suami isteri accident, tinggalkan mayat anak yang kena gilis sebab tercampak dari kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah gini gaya takutnya, mesti kalau buat urine test sangkut kan sister?  |
|
|
|
|
|
|
|
yg umur 19 tahun tu… kenapa lah tak buat lesen. Bukannya susah sgt… beli motor boleh la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Akak gundu pasti akan memaafin tunang beliau, walaupun terang terangan tunang beliau berperangai hanjing tak berakal bila tinggalkan dia bontang gitu je.
Yelah, akak gundu sgt mengamalkan konsep asal belaki, dan dia juga cenderung mengamalkan konsep kitar semula dlm hidup beliau.
Kitar je semula jantan hanjing yg perangai mcm babi tu, bila dia mintak maaf nnti yach? |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko bagi penampar sedas kat muka dia n mintak putus terus...hanat sungguh perangai camne dia boleh terus tinggalkan ko camtu je |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh faham kalau tunang dia maafkan. Silap2 dia yang suruh lari dulu. Lepas tu pandai2lah arrange pick up. Benda boleh diatur.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah smp masa ko pulak larikan diri dr tunang ko tu. sblm terlambat |
|
|
|
|
|
|
|
cabot je la dr tunang tu dek |
|
|
|
|
|
|
|
Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.
dua2 ekor ni mesti sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
setakat jpj xpe lagi, kalau ada burung merpati tu yang lari tak cukup tanah |
|
|
|
|
|
|
|
Yg rohingya & indon tu klau x bayar saman gomen blh buat apa je? |
|
|
|
|
|
|
| |
|