View: 1464|Reply: 19
|
Pengarah Asyik Bagi Job Wanita Penggoda Sebab Seksi, Nadia Brian Dah Bosan
[Copy link]
|
|
Terlalu sinonim dengan watak penggoda, pelakon Nadia Brian memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam memilih naskah untuk sesebuah drama atau filem.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata mungkin gaya penampilannya membuatkan dia kerap menerima tawaran watak berkenaan.
Justeru itu, Nadia berharap agar diberikan peluang mengembangkan lagi bakatnya dengan mencuba pelbagai watak dan karakter berbeza selepas ini.
Foto: IG
"Saya mula memilih karya... kalau boleh nakkan cerita yang lebih seronok dan memberi manfaat kepada masyarakat dan saya. Dalam industri ini saya ada impian nak beri manfaat kepada masyarakat.
"Saya harap pengarah di luar sana memandang saya dari sudut berlainan, tidak hanya pandang seksi sahaja kerana saya ini budak teater. Mereka pun tak pernah lihat lakonan saya yang tidak mengenakan solekan atau melakukan aksi sendiri," katanya.
Nadia berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Eva yang diadakan baru-baru ini.
Kata Nadia, pemilihan watak tersebut dibuat kerana bimbang peminatnya akan bosan sekiranya dia hanya memainkan naskah yang hampir sama dalam setiap drama.
"Nak menolak sangat pun tak boleh sebenarnya tapi bergantung kepada watak, kalau terlalu sama orang pun bosan. Kalau terlalu sama itu saya akan tolak macam watak-watak pengoda, miang-miang atau cerita hantu.
"Saya tak nak hanya asal terima kerja sahaja tetapi benda itu tiada nilai. Saya kalau boleh nak bawa watak epik berdasarkan cerita sebenar kerana nak tiru gaya seseorang itu akan menjadi sangat mencabar," katanya lagi.
Pun begitu, Nadia memberitahu dia tidak pernah menyesal memegang watak penggoda sehingga menjadi begitu sinonim dengan dirinya.
"Saya tak menyesal memegang watak penggoda atau apa-apa watak sepanjang karier saya. Bagi saya mungkin orang suka sebab itu ada pemintaan tinggi untuk watak tersebut," ujarnya.
Berkongsi mengenai filem Eva pula, Nadia yang memegang watak Elly mengakui teruja apabila dapat berlakon bersama Nadia Aqilah yang membawa watak Eva.
Menerusi filem ini juga dia dapat melakonkan sendiri babak aksi pergaduhan bersama Nadia Aqilah sekali gus menjadi salah satu cabarannya yang terpaksa dihadapi semasa proses penggambaran.
"Dalam filem Eva ini, penonton akan nampak saya dari sisi lain kerana cerita ini akan membuka mata dan memberi ilmu kepada masyarakat terutama dari kesihatan mental mereka.
"Disebabkan kekangan masa penggambaran juga membuatkan saya terpaksa melakonkan aksi pergaduhan itu sendiri walaupun ada pelakon aksi," kongsinya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok la yg seksi2 ni ambik wtak pnggoda... Sbb ramai plakon pmpuan btdung skang kan.. Xkn depa lak nk ambk wtak miang |
|
|
|
|
|
|
|
baju merah tu beg gucci macam fufu je.
pastu nipis melayang macam beg pinjam |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bagi watak acik kampung pulak kat dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah dia yg jual imej cheapo, haruslah org offer job yg setara dgn imej dia |
|
|
|
|
|
|
|
xkn nk bg watak tudung labuh... hayooo |
|
|
|
|
|
|
|
cattiecute: baju merah tu beg gucci macam ...
Sbb pg tgok balik tu ternampak pulak perut tersembur isi kt situ hahahaha
Mmg nmpk fufu |
|
|
|
|
|
|
|
cattiecute replied at 26-1-2023 03:16 PM
baju merah tu beg gucci macam fufu je.
pastu nipis melayang macam beg pinjam
Pastu sheols nampak mcm drag sgt
Mekap dgn bajunya hauksss |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan direktor tolong bagi sheols job ponen pulak
Nak kelainan sgt khuennn
Muka pun kdg ada iras dgn mekap tebal |
|
|
|
|
|
|
|
Ah. Ko berlakon pn sepohon kayu. Lagi nk demand. Harap pakai seksi je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni anak dah berapa? Kemain boncit kau yach.
Elok2 ah sikit amek gambar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 26-1-2023 10:02 PM
Dia ni anak dah berapa? Kemain boncit kau yach.
Elok2 ah sikit amek gambar tu.
tertukar perut dengan bontot kot |
|
|
|
|
|
|
|
bagi lah watak pompuan kampung dengan pintu grill berkarat pulak dekat dia ni... confirm dia boleh hayati sebab tu sememangnya dia in real life gittu @Acikgomen |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia pernah berlakon watak perempuan kampung... Berlakon dgn adi PUTRA...cntik juga dia dalam drama....kalau dlam ig, memang nampak drag sbb heavy mekap pastu fesyen nmpak mcm cheap gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
media social posting pun separuh bogel, what do u expect whore? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 26-1-2023 11:31 PM
tertukar perut dengan bontot kot
Yelah. Pungkoq lepeiaq
Beriyalah amik gambar tonggek2 tpi xde hasil pun dpn blkg. Haussss... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pon berlakon kayu byk bunyi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sexy?
Seriousla
Nampak trashy ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp rambut dia mcn kejung? |
|
|
|
|
|
|
| |
|