CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

Perhimpunan Aman Di Kedutaan Sweden Jumaat Ini, Polis Tak Terima Notis Serah Memorandum

[Copy link]
Post time 25-1-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Polis tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan aman di kedutaan Sweden Jumaat ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebarang perhimpunan yang ingin diadakan perlu menghantar notis mengikut diperuntukkan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.




NOOR Dellhan Yahaya berucap dalam program bersama media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.





Kata beliau, notis berkenaan sekurang-kurangnya perlu dihantar lima hari sebelum tarikh perhimpunan berkenaan diadakan.


“Setakat hari ini, tiada sebarang notis pemakluman diterima.


“Memandangkan lagi tiga hari perhimpunan itu akan diadakan jadi saya nasihat agar orang ramai supaya menghormati dan mematuhi undang-undang,” katanya selepas mengadakan program bersama media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Terdahulu, tular satu poster penganjuran penyerahan memorandum di kedutaaan Sweden Jumaat ini berikutan kejadian membakar al-Quran di Stockholm baru-baru ini.


Penganjuran itu dipercayai dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyeru orang ramai bersama-sama berhimpun dan berarak ke kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat.


Ahad lalu, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line. Rasmus Paludan, membakar al-Quran dengan pemetik api semasa protes Islamofobia di hadapan kedutaan (Turkiye) di Stockholm.


Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.372810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list