CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 6

Baik buat rancangan realiti maki orang – AC Mizal

[Copy link]
Post time 24-1-2023 09:58 PM | Show all posts |Read mode


AC Mizal meluahkan rasa bengang dengan situasi yang berlaku terhadap Sissy Imann kerana baginya, seseorang itu perlu bersikap mendidik bukan hanya tahu mengherdik.

Baik buat rancangan realiti maki orang – AC Mizal

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal secara tegas berkata, dia membenci individu yang menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum semata-mata untuk meraih kontroversi terutama dalam rancangan realiti televisyen.

Bagi AC Mizal, 52, perbuatan bergurau dan makian ada caranya, namun tidak seharusnya berlaku dalam rancangan realiti televisyen apatah lagi di depan khalayak umum.

“Bergurau dan maki orang lain di hadapan umum ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena.

“Saya sudah berada dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang lain hanya untuk hiburan,” kata pemilik nama sebenar Datuk Mizal Datuk Zaini.

Begitupun, dia menyifatkan tiada insan sempurna yang harus diajar dengan cara ‘kasar’ sebaliknya perlu menghargai usaha yang telah dilakukan untuk menjayakan sesebuah perkara.

“Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi anda mungkin adalah kekuatan mereka. Mendidik bukan mengherdik.

“Mengajar lebih baik dari menunjuk kepandaian. Tiada orang yang sempurna,” ujarnya.

Berang dengan nasib yang menimpa penyanyi Sissy Imann tempoh hari dalam rancangan realiti nyanyian Famili Duo, AC Mizal meminta individu yang sering menjatuhkan maruah orang untuk menghasilkan rancangan sendiri.

“Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di kaca televisyenkah? Tidak fikir perasaan orang? Anda terlalu sempurna?

“Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen. Kalau mahu tular sampai jatuhkan maruah orang baik buat rancangan ‘Ayuh Maki Orang’,” tutur pelakon filem Cicakman itu.

Sebelum ini, nama Mas Idayu memanas selepas memberi kritikan ‘membunuh’ kepada Sissy dan Naim Daniel yang dikatakan gagal mempamerkan persembahan memberangsangkan pada minggu keenam program tersebut.

Akibat insiden terbabit, Sissy membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan selepas hilang rasa teruja susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... aki-orang-ac-mizal/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2023 09:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
2 x 5.. Tp dia ni tak lah menengking2 menjerit2 nak mengajar org dlm show.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2023 09:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jasa mamat ni sampai dpt dato ek
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 24-1-2023 08:59 PM
2 x 5.. Tp dia ni tak lah menengking2 menjerit2 nak mengajar org dlm show.

At least dia kena tegur, dia mitak maap kat Kak Lina tp tu pun memang dia terover melawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia xtengking org ..tp aku tringat kisah dia ni ms gv ada zamani dlu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.181079 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list