CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

'Peti Surat Ke Syurga' Untuk Orang Tersayang

[Copy link]
Post time 24-1-2023 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 2,000 surat dihantar ke 'peti surat ke syurga' yang mana rakan dan keluarga meninggalkan nota kepada orang tersayang yang sudah meninggal dunia.


BBC melaporkan, peti pos terletak di sebuah taman di Walton Hall, Warrington, United Kingdom, dibina pada November 2021.


Lokasi itu menjadi tempat orang ramai memperingati individu tersayang yang sudah meninggal dunia dan surat ditulis pada kertas diperbuat daripada benih bunga liar yang terbiodegradasikan dan kemudian ditanam di taman berkenaan.




Twitter




Mengikuti trend sama, sebuah krematorium di Nottingham menyediakan peti pos serupa.


Sementara itu, Metro UK melaporkan, kanak-kanak berusia sembilan tahun, Matilda Handy berkata, peti pos di krematorium itu sebagai medium meluahkan perasaan selepas kehilangan datuk dan neneknya.


Selepas memaklumkan pemilik krematorium mengenai idea itu, pihak pengurusan kemudian memasang peti pos berwarna putih dan sudah menerima hampir seratus 'surat ke syurga'.


Ibu dan kanak-kanak perempuan terbabit berharap peti surat itu kekal bagi membolehkan orang ramai terus menghantar mesej kepada orang tersayang pada hari ulang tahun dan cuti umum.


Mengenai taman peringatan di Walton Hall, Ahli Kabinet Tony Higgins berkata, ia menjadi lokasi orang ramai mengimbau kenangan istimewa.


Katanya, ia tahun yang sukar buat mereka yang kehilangan orang tersayang dan tidak dapat mengucapkan selamat tinggal.


"Saya sangat gembira kerana kini terdapat suasana yang tenang apabila mereka dapat melawat dan mengimbau kenangan istimewa," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064777 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list