View: 1961|Reply: 14
|
Sarjan Mejar Polis Parah, Jatuh Tingkat Empat Beberapa Jam Sebelum Majlis Kahwin
[Copy link]
|
|
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya, di sini, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 38 tahun itu yang bertugas di Kontinjen Pahang dan sedang bercuti kini berada dalam keadaan kritikal menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.45 pagi.
"Sewaktu kejadian, mangsa dalam tempoh bercuti. Dia sepatutnya berkahwin pada 23 Januari (semalam) di rumah keluarganya di Ayer Tawar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat lanjut kejadian itu.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor N. Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.
Mohd Yusri turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat tidak sah berkenaan kejadian itu.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhh tingkat 4 tu tinggi macamna bole jatuh. Kalau polis taknak orang ramai buat spekulasi cepatlah bagitau jatuh sebab apa lepas buat siasatan |
|
|
|
|
|
|
|
Bau ikan lak kes ni.
Lagi2 bile ade ayat last, suh jangan buat spekulasi |
|
|
|
|
|
|
|
jatuh tingkat 4 x meninggal lagi no. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Dah tiba masanya sistem pendidikan malaysia masukkan mental health dalam syllabus samada di sekolah atau uni. Refresh balik masa training utk kerja Employers malaysia ni mmg mostly tak aware dgn isu menral health. |
|
|
|
|
|
|
|
suspicious betul.. maknanya semalam tak jadi kahwin la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh tpt lain, bbrp jam sblom kawin tpt lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh sebab pengantin pompuan lari ke? Tak jadi kawen? Ehhhhh aku terspekulasi pulak... Moskel sangat boleh terjatuh dari tingkat 4 ni.. lainlah tengah jalan-jalan tersadung kaki lalu terjatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh org.kg ja ni ...awat tu apa kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nak speku *********,tapi tak jadi lah sebab polis dah pesan jangan buat spekulasi sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Polis tu bujang ka? Bukan speku, tanya
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Ada unsur khianat.
2. Ada unsur khianat.
3. Ada unsur khianat.
Tak logik nak bunuh diri sebelum majelis kawin. Unless kaki capub nan limelight pi kat dia even through death? |
|
|
|
|
|
|
|
Ke dia terjun sndiri sbb nk cover dia tak mampu nk berbini.Straight to the point songsang la. |
|
|
|
|
|
|
|
kot tk nk kawin ari tu, nikah ler ari lain.
yg pi terjun tu pasal apa. byk perkara boleh bwk bincang |
|
|
|
|
|
|
|
Hri tu msuk gaung, ni plak jtuh dri tingkat 4 pstu kdua2 mngsa mempunyai pkerjaan yg sma.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|