View: 969|Reply: 8
|
Belum 2 Tahun Dan Boleh Membaca, Budak IQ Tinggi Masuk Mensa Sebelum Berusia 4 Tahun
[Copy link]
|
|
Seorang budak lelaki berusia empat tahun di Britain menjadi antara ahli termuda sebuah pertubuhan untuk golongan yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang (IQ) tinggi, Mensa, selepas dia belajar membaca pada usia dua tahun, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.
Teddy Hobbs, mula membaca semasa perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan. Ketika baru berusia satu tahun dan enam bulan, dia boleh membaca buku dengan lancar di hadapan ibu bapanya, Beth dan Will.
SWNS
Selain itu, Teddy turut belajar mengira sehingga angka 100 dalam enam bahasa termasuk Mandarin, Wales, Perancis, Sepanyol dan Jerman.
“Dia sentiasa berminat dengan buku. Justeru, kami memastikan dia mempunyai banyak buku,” kata Beth.
Beth dan Will selain itu turut keliru dengan bakat anak mereka yang menyebabkan mereka menghubungi perunding kesihatan untuk meminta penilaian dibuat ke atas Teddy.
Pasangan itu kemudian mendekati Mensa untuk mendapatkan bimbingan dan ketika berusia tiga tahun dan tujuh bulan, Teddy menjalani penilaian dalam talian selama sejam bersama pakar.
Observator
Pakar kemudian mendedahkan bahawa Teddy mendapat 99.5 peratus untuk ujian IQ dan dia kemudian diterima menjadi ahli Mensa.
Sebelum ini, seorang budak lelaki dari Malaysia berusia tiga tahun yang tinggal di Britain, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim menjadi anggota termuda Mensa selepas mendapat 142 markah dalam ujian Stanford Binet iaitu penilaian keupayaan kognitif untuk mengukur IQ pada tahun 2020.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini, seorang budak lelaki dari Malaysia berusia tiga tahun yang tinggal di Britain, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim menjadi anggota termuda Mensa
Apasal takde dalam forum? ka ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2023 04:58 PM
Apasal takde dalam forum? ka ada
Ehem......... |
|
|
|
|
|
|
|
3 tahun?
|
|
|
|
|
|
|
|
anak2 doktor terpaling pelukan angkasa ada masuk tak |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2023 05:03 PM
3 tahun?
Anak jiran aku...yup..naper? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2023 04:58 PM
Apasal takde dalam forum? ka ada
Rasanya ada
Dkt fb pun banyak kali lalu berita adik tu
Smpai mak kpd adik tu pun komen sama cakap terima kasih kt netizen & sambil betulkan fakta yg reporter tulis
Both parents engineer tk silap keje kt sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-1-2023 03:41 PM
doubleharmonic replied at 24-1-2023 02:55 AM
anak2 doktor terpaling pelukan angkasa ada masuk tak
Anak SM boleh cuba.. mensa kids club tempat parents membongak.... Same dengan mensa in general appabila ada gathering.... Sedang kan sekarang mensa certificate ini tidak laku minta kerja cuma cantik kan resume.. Working experience lebih penting... Mahu kerja big companies grad dari good rank university lebih penting..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dkatakan genius jika anak itu X boleh bercakap melayu ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|