View: 3232|Reply: 58
|
Mana Pemilik 3 Ekor Kuda Terbiar Berkeliaran Di Ampang?
[Copy link]
|
|
Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di sini.
Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.
"Seekor daripadanya kelihatan lemah dan tidak mampu bangun (terbaring di pembahagi jalan).
 Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
"Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengesan pemilik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan," katanya menerusi perkongsian pada Isnin.
Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kuda sudah selamat dalam jagaan pasukan berkuda PDRM. Doakan yang baik-baik," kata pengguna akaun Facebook, Suzila Hashim.
Ada juga antara orang awam mendakwa pemilik kuda tersebut telah tampil menuntut haiwan tersebut, namun tidak dibenarkan berikutan haiwan tersebut perlu diberi rawatan kerana terdapat kesan luka serta dalam keadaan tidak terurus.
Seorang pengguna media sosial, Naza Majid pula meminta tindakan dikenakan ke atas pemilik kuda berkenaan kerana mengabaikan penjagaan haiwan itu.
" emilik tak nak bertanggungjawab, rampas saja haiwan itu dan dan buka untuk adoption.
" ihak berkuasa tempatan suka benar melengahkan kerja. Kalau sudah rampas dan pemiliknya baru terhegeh-hegeh hendak mengaku maka saman dia. Saman betul-betul bukan takat celah gigi saja," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnyaaaa..benda ribu2 terbiar gitu jer..kalau tak nak,bagi jer la kat orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Selfish owner. Bahaya kat orang awam dan kuda tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya
lemah betul kuda tu
yg kurus tu smp npk tulang
adakah ownernya da meninggal? |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo. ni kalau takde orang ngaku, bagi aku je la. letak kat kandang lembu, boley tak?
bagi gumuk2, nanti boleh aku ride pegi kedai kopi |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
kalau ada yg dtg tuntut lepas ni jangan pulangkan..kesian kuda-kuda tu sampai kurus kering tak cukup makan. stay je la dgn PDRM terjaga makan minum kuda tu |
|
|
|
|
|
|
|
I cannot la animal abuse gini... |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah sedihnyaaaa semoga dpt diselamatkan esp yg lemah tu... kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg nak mengaku tuan?
|
|
|
|
|
|
|
|
penganiayaan haiwan. denda maksima tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuda apa macam tu? Yang terbaring tu apasal macam besar anjing ja
Ini aku pasti kuda tua yang dah expired. Nak sembelih pun tak boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak jaga kuda tapi taknak jaga kebajikan kuda. Menjawab lah nanti kat akhirat. Meols tak boleh tengok haiwan teraniaya macam ni. Sedih tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 24-1-2023 02:23 PM
aiyo. ni kalau takde orang ngaku, bagi aku je la. letak kat kandang lembu, boley tak?
bagi gumuk2, ...
Try je contact MPAJ …maybe boleh sbb tolong settle kan problem depa
Elok juga u jaga at least tau dah nak buat ngn kuda tu
Kalau bertuan, xde terbiar mcm tu skali |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya tuan mcm tak jaga elok mcm tak cukup makan, hrp ada yg ambil jaga elok2, jgnlah aniaya binatang, adalah sedikit rasa kemanusiaan tu |
|
|
|
|
|
|
|
manusia ada yg terlalu jahatt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang pergi ke Facebook page rescuers kuda ni, tak silap dari unit berkuda PDRM ada je tuan dia datang marah tak bagi ambil kuda tu masa diaorang tengah rescue. Gambar pun ada tapi tutup muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-1-2023 05:16 PM
Kuda apa macam tu? Yang terbaring tu apasal macam besar anjing ja
Ini aku pasti kuda tua yang dah e ...
Kuda padi ni.. kuda padi mmg kecik2 comel je... Dlu selalu tgk ms blk kg I sbb kt kg ada org bela... |
|
|
|
|
|
|
|
Katik kuda ini, kalau mini horse mini cow mini goose mau bela jadi pet |
|
|
|
|
|
|
| |
|