CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 4

[Tempatan] ‘It’s okay’ jadi janda, masyarakat semakin terbuka

[Copy link]
Post time 24-1-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
‘It’s okay’ jadi janda, masyarakat semakin terbuka

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... at-semakin-terbuka/

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
24 Januari 2023, 9:00 am



Sehingga kini industri hiburan masih lagi hangat dengan kisah rumah tangga melibatkan pelakon wanita dan suaminya, pengarah terkenal.

Baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana, 38, menfailkan penceraian di mahkamah. Meskipun media melaporkan Puteri Sarah hadir dengan senyuman, namun siapa dapat menduga hati wanita yang terpaksa melepaskan rumah tangga yang dibina sejak 2014.

Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Universiti Putra Malaysia, Dr. Rojanah Kahar, golongan wanita hari ini sudah lebih bersedia untuk memikul gelaran janda atau ibu tunggal berbanding dahulu.

Menurut beliau, tanggapan negatif masyarakat terhadap status itu juga berubah, malah trend kini menunjukkan golongan tersebut turut mendapat soko­ngan sosial yang baik.

“Dahulunya kaum wanita tertekan dan malu dengan masyarakat apabila bergelar janda, namun hari ini situasi itu sudah berubah kerana rakyat negara ini memberi sokongan sosial yang bagus kepada mereka.

“It’s okay hidup sebagai janda jika konflik rumah tangga terlalu tinggi sehingga tiada lagi tolak ansur dan kesefahaman, tidak rela bermadu atau sebagainya, maka lebih baik berpisah,” katanya.

Rojanah memberitahu, setiap wanita perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan fasa-fasa selepas penceraian termasuklah ekonomi dan hak ja­gaan anak-anak.

“Biasanya personaliti wani­ta juga akan berubah selepas bergelar janda atau ibu tunggal, dia bertukar menjadi lebih tegas, cekal dalam membuat keputusan.

“Sewaktu mempunyai suami mungkin personalitinya berbeza, banyak faktor yang membentuk keperibadian seorang isteri ke­rana dalam perkahwinan ini dinamiknya berubah-ubah me­rangkumi isu komunikasi, keputusan kewangan, anak-anak, pendidikan dan keibubapaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarak juga membenarkan penceraian berlaku sebagai jalan terakhir untuk keluar daripada pergelutan dihadapi pasangan dan harus dilakukan secara baik.

“Baca buku The Good Divorce oleh Constance R. Ahrons, ia bukan bermaksud kita mempromosi penceraian, tetapi tentang perpisahan yang dilakukan secara baik, dalam Islam juga begitu.

“Seorang janda perlu menjadi wanita yang cekal dan berdaya tahan untuk mencari ketenangan dan tidak simpan dendam, terutama bagi ibu demi membesarkan anak bersama bekas suami.

“Ada juga yang berjaya mencari potensi diri selepas bercerai, namun segala perkara yang positif ini perlu dilaksanakan dengan adab serta tatasusila sebagai wanita dan tidak bertentangan dengan syarak,” katanya.

Tambahnya, suasana rumah tangga yang tidak harmoni juga memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak, malah kebanyakan kes hari ini anak-anak dilihat boleh menerima penceraian menerusi komunikasi ke­ibubapaan yang efektif.

Laporan Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2020 menunjukkan, jumlah perceraian meningkat 12 peratus iaitu 56,975 kes pada 2019 berban­ding 50,862 kes tahun sebelumnya. Kadar perceraian umum bagi wanita meningkat daripada 7.0 kepada 7.7 perseribu populasi wanita berkahwin pada umur 18 tahun dan ke atas.

Jumlah itu bagaimanapun te­rus menurun sehingga 7.1 peratus pada 2021 daripada 47,272 (2020) kepada 43,934 (2021) disebabkan oleh penutupan Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil dan Jabatan Pendaftaran Negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 12:30 PM | Show all posts
semoga PS bakal mendapat suami baru nanti, tak kisah la pucuk muda atau duda, janji dapat membahagiakan nya seisi keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam???

I dont think there's any dendam pun kalo dpt CLEAN DIVORCE and masing2 mampu independent, move on

Clean divorce means semua kes settle elok2 and jalankan perintah mahkamah /agreement dgn elok
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 24-1-2023 12:54 PM
Dendam???

I dont think there's any dendam pun kalo dpt CLEAN DIVORCE and masing2 mampu independent ...

Setuju

Sebab macik melalui penceraian yang best
Maybe sebab memasing fikir jauh

Bercerai
Takde dosa dekat suami
Takyah masak2
Muahahahaha
Anak2 pun dah makin besor
Bebas berjalan dengan anak2
Best oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 24-1-2023 01:44 PM
Setuju

Sebab macik melalui penceraian yang best

Exactly.. sebenarnya ramai yg bahagia bila berani buat keputusan.. orang lain takleh ubah nasib kita,  no body cares pun... kita sendiri yang kena strong take care diri sendiri....

Bak kate husband i... we must focus on the end game...

Amende yang dicapai dari setiap action kita tu.. dah ada focus end result baru lah motivation tu setiasa ada walau banyak pancaroba dan terciduk sekali sekala pun takde hal.. sbb ia tak merubah objective end game tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.437533 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list