CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM akui Pulau Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir

[Copy link]
Post time 23-1-2023 11:52 PM | Show all posts |Read mode
PM akui Pulau Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN23 Januari 2023 11:31pm






Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Kenduri Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam malam ini. - Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dipinggirkan bagi mendapatkan peruntukan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan dalam pembentangan bajet sebelum ini.

Beliau berkata, keluhan pimpinan kerajaan negeri berhubung perkara itu akan diberi perhatian olehnya walaupun terdapat kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan.

"Memang benar, Pulau Pinang telah dipinggirkan dari segi peruntukan dan apabila saya pergi ke Sabah dan Sarawak memang ada kekurangan besar di sana.

"Bagi Pulau Pinang ia melibatkan struktur besar manakala di Sabah dan Sarawak pula prasarana kecil termasuk klinik, hospital, perumahan rakyat, sekolah-sekolah daif dan ini akan kita bagi tumpuan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis kenduri rakyat di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, Pulau Pinang seringkali dipinggirkan dan merupakan negeri kedua paling rendah menerima peruntukan Bajet 2022 dari kerajaan Persekutuan.

Kon Yeow berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar jika dibandingkan dengan jumlah sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Anwar sebelum ini berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.

Bagaimanapun katanya, cadangan yang sudah dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baharu ini.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list