CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 94

'Harga Barang Apa Yang Turun?' - Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal

  [Copy link]
Post time 23-1-2023 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Golongan peniaga mendakwa harga bahan mentah tidak turun malah kebanyakannya masih sama seperti sebelum ini, sekali gus menyukarkan mereka menurunkan harga jualan makanan seperti disarankan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Kumpulan peniaga gerai makanan dan restoran yang ditemui turut tidak bersetuju dengan teguran Rafizi yang mendakwa sesetengah mereka sengaja enggan menurunkan harga makanan dan minuman.




Peniaga gerai makanan dan restoran yang ditemui tidak bersetuju dengan teguran Rafizi yang mendakwa mereka enggan menurunkan harga makanan dan minuman, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun. - Gambar hiasan





Menurut pemilik restoran Kak Som Tomyam Kg Bharu, Linda Sabri, dia tidak melihat ada sebarang penurunan harga bahan mentah lagi setakat ini.


“Sekarang ni walau menteri kata harga bahan mentah turun tapi pembekal yang kita ambil tidak menunjukkan sebarang penurunan harga, masih sama.


“Kalau kita sendiri nak turunkan harga jualan makanan tapi kita beli bahan mentah dengan harga pasaran semasa, rugilah kami," katanya ketika ditemui Astro AWANI.




Linda Sabri mengulas mengenai harga bahan mentah. - Gambar/ Astro AWANI




Sementara itu, peniaga air di Ampang, Hyrul Ameer Mydin mempersoalkan kenyataan bahawa harga barang mentah sudah turun.


“Sekarang barang mana ada turun. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu susu satu karton dijual pada harga RM105.


Sekarang jadi RM145. Harga Milo untuk dua kilogram dulu RM33 sekarang dah RM39.50 manakala Nescafe dulu RM34 sekarang RM44.


"Macam mana mereka kata macam itu, harga barang apa yang turun?” soalnya.


Bagi Yarni M Nasir yang menjual nasi campur selama belasan tahun di Ampang, katanya tiada bahan mentah yang turun harga, sebaliknya harga ikan semakin mahal.


“Harga barang tak tak turun pun, saya beli harga sama saja dari dulu sampai sekarang. Yang saya tahu ada peningkatan harga ikan, ikan jadi mahal.


"Kadang-kadang memang tak sampai hati nak jual kepada pelanggan. Kalau kita beli ikan sekilogram dah RM20, bila dah masak seekor jadi RM5... mesti nak jual harga lebih untuk ambil sedikit keuntungan.


"erlu juga kira kos pekerja, harga minyak dan sebagainya,” katanya.




Hyrul Ameer Mydin berkata, kenaikan harga bahan mentah meningkatkan kos sekali gus menyukarkan peniaga menurunkan harga. - Gambar/ Astro AWANI





Sebelum ini, Rafizi dilapor menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.


Beliau berkata kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 07:27 PM | Show all posts
Edited by Eooyh52 at 24-1-2023 01:26 PM

Great story and well done for entering the challenge. OfficeFootballPool
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg harga barang dah naik. i pun rasa seram nk kerap2 groceries shopping. limitkan pergi groceries shopping dgn harapan jimatla duit. paling seram minyak masak. jeling2 ja. mujurla x byk sgt penggunaan sesetengah barang. just byk beli buah n sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke yg masih percaya dgn rafiji....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting skg ni kena bijak berbelanja, yg mana Kedai makan naik harga x setimpal dgn kualiti , xsedap , portion sikit etc..boikot.
msk mkn kat rumah lg sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 23-1-2023 08:08 PM
mmg harga barang dah naik. i pun rasa seram nk kerap2 groceries shopping. limitkan pergi groceries s ...

betul la. i membeli brg yg sama kuantiti yg sama tapi harga total naik dlm 30-40%.
dulu i salahkan negeri kot hrga penang lain dgn selangor tapi dah tempat i shopping tu kat tesco takkan harga brg2 kering tu lain2 hrga.
i ni jrg la check hrga tiap satu barang tp bila amount terlalu berbeza utk kuantiti yg sama opkos la akan terasa.
rapiji hidup di alam mana manjang ckp hrg brg turun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal lahhhhh
Tomato 3 biji
6 henggettt

Tokojut macik
Padahal kat pasar malam aje pun
Beli sebab nak masak asam podeh takde tomato

Gilo ko haper
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 23-1-2023 09:23 PM
Mahal lahhhhh
Tomato 3 biji
6 henggettt

Hishh mhlnya..tomato import Australia ker...sekilo bape agaknya tu..ker Kot Salah timbang.

Skg ni nk kena tanya or tgok harga sekilo bape.
Mcm sy aritu beli 2 ikat kangkung rm7lebih ...biasa sblum ni seikat dlm rm1.5 atau rm2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kazen iols kata bunga kantan sebatang RM 6.. selalu main ambik je tak tanya rega
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 23-1-2023 09:23 PM
Mahal lahhhhh
Tomato 3 biji
6 henggettt

Beli sayur  kt pasar Pagi lg mahal dari pasaraya.. Memang dh xbeli dh kt pasar. Pg supermarket je sekarg. Tomato sekilo Rm3.50..cuma seafood je beli kt pasar sbb segar
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hritu gi pasar happy jumla sayur murah 3 ikat besar rm5. Kangkung sawi bayam. Ptong dan bersih siap2 simpan dlm petiais. Aku gi pasar bole target nk belanja 70 ke 100 seminggu skli. Bole dpt ikan ayam dan sayur2. Baca siap2 doa masuk pasar tak belebih2 belanja. Brg2 groceris belanja beli sikit2 2 mggu skli gitu. Sebulan belanja dapo kena makin kurangkan walo harga makin naik. Makan luar order grab pun kena kurangkan skrg eh pepandaila nl hidup..jgn ikutkan kemahuan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x blh g pasar npk buah2an mesti terbabas!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 23-1-2023 10:01 PM
Hishh mhlnya..tomato import Australia ker...sekilo bape agaknya tu..ker Kot Salah timbang.

Skg n ...

Iyo mahallll
Tokojut macik
Selama ni 6 biji 3 hengget
Tiber 3 biji 6 ringgit pulakkk

Hai lah tomato
Naseb ekau sodap dimakan aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 23-1-2023 10:10 PM
Beli sayur  kt pasar Pagi lg mahal dari pasaraya.. Memang dh xbeli dh kt pasar. Pg supermarket je  ...

Betul juga tu
Kadang tu nak singgah beli sayur yang terlepas pandang
Trauma pulak
Karang bunga kantan 3 ringgit sebatang



Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut wei harge brg..baru ni g beli telor saiz m satu papan rm20.50...bapak mahai....itu je yg hader...skang ni saya jimat beli ayam dua ekor perap siap simpan...time nk mkn goreng sikit2...buat sambl nyet 3 botol simpan..ok skitlah tak perlu ulang alik g pasaraya....org kite ni suka konplen brg naik tp bila jenguk parking pasaraya penuh je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 23-1-2023 09:23 PM
Mahal lahhhhh
Tomato 3 biji
6 henggettt

Substitute dgn terong, sawi asin, ladies fingers tak boleh keww? die die nak letak tomatoes jugak, walau tahu dah sky rocket?

Ini ler yg rapiji sebut… ko layan  jugak peniaga janji dapat apo yg ko hajati….irregardless of the price…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 23-1-2023 11:13 PM
Hritu gi pasar happy jumla sayur murah 3 ikat besar rm5. Kangkung sawi bayam. Ptong dan bersih siap2 ...

Doa supaya tak berlebih banja macam mana bunyinya?

Jajan Ben n Jerry, kopok tamban , belinjau… takda?

kesian……

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miznora at 24-1-2023 05:48 AM

Mmg betul barang naik harga. Seram kadang skali blanja 300+
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai pasar mahal n tipu timbangan, pergi lah supermarket harga ada murah sikit, korang kena tukar menu kepada tempe tauhu taugeh soohon kentang. Buat sambal goreng makan bersama nasi, tahun 2017-2021 kemain pekedai tamak untung byk sayur hanya togeh tauhu soohon tempe je padahal kos brg itu murah dicasnya rm7-10, selayaknyalah pekedai katup terus 2023
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
miznora replied at 24-1-2023 05:47 AM
Mmg betul barang naik harga. Seram kadang skali blanja 300+

Ikut ler resmi kaka rosipinki sebelum  masuk pasar basah atau serbaneka baca doa yg khusus supaya tak berlebih banja.....RM 100 cukup utk ayam, itik, ikan, sayur beraneka jenis...Ben n Jerry kopok tamban dan belinjau....ko bayangkheun...the power of doa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.482445 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list