View: 660|Reply: 3
|
Janji Lindungi Keluarga Sendiri, PM Baru New Zealand Selar 'Kebencian' Dialami Jacinda
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri baharu New Zealand, Chris Hipkins, hari ini mengkritik 'kebencian' dialami Jacinda Ardern dan berjanji untuk melindungi keluarganya sendiri.
Hipkins membuat janji itu tiga hari selepas Ardern mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut.
IG Hipkins
Beberapa jam selepas disahkan sebulat suara oleh Ahli Parlimen Parti Buruh sebagai pemimpin parti dan perdana menteri baharu, Hipkins menyelar serangan peribadi yang dialami Ardern selama lebih lima tahun ketika berada di tampuk tertinggi pemerintahan.
Khamis lalu, Ardern mencetuskan perdebatan nasional berhubung tekanan dihadapinya selepas mengumumkan peletakan jawatan hanya sembilan bulan sebelum pilihan raya umum pada 14 Oktober ini dengan memaklumkan beliau 'sudah tidak mempunyai tenaga yang cukup'.
Ahli politik dan tokoh masyarakat lain turut mengkritik 'sakit hati' perkara yang dialami Ardern sebagai perdana menteri, terutama di media sosial walaupun tidak menyebutnya.
Bloomberg
"Cara Jacinda dilayan, terutama oleh beberapa segmen masyarakat terdiri daripada minoriti kecil adalah benar-benar menjijikkan.
"Ia tidak mewakili kita sebagai sebuah negara," kata Hipkins yang juga Menteri Polis dan Pendidikan.
"Golongan lelaki mempunyai tanggungjawab untuk menyelar tindakan sedemikian dan berkata 'tidak ok'," katanya.
Hipkins yang terkenal dengan mengetuai tindakan keras nasional dalam memerangi COVID-19 selama hampir dua tahun berkata, beliau memahami bahawa meletakkan dirinya sebagai pemimpin bermakna beliau adalah 'harta awam'.
"Tetapi bukan keluarga saya," katanya.
Hipkins berkata, beliau mahu anak lelakinya berusia enam tahun dan anak perempuannya berusia empat tahun membesar dengan 'kehidupan kanak-kanak Kiwi yang tipikal' sambil menambah bahawa perpisahan secara baik dengan isterinya adalah urusan peribadinya.
Sumber: BH Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 22-1-2023 08:52 PM
Kuat lah pulopppppp
Gong xi fa cai kak kaki
Holiday kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|