View: 2315|Reply: 30
|
Wanita Tak Boleh Tidur, Trauma Jumpa Mayat Dalam Semak Ketika Cari Daun Palas Dengan Ibu
[Copy link]
|
|
Penduduk di Kampung Alor Gali dekat Marang, Terengganu dikejutkan dengan penemuan satu mayat wanita oleh pencari daun palas pada Jumaat.
Menurut wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Elin, walaupun kejadian itu meninggalkan kesan emosi namun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya mangsa dapat ditemukan dan diuruskan dengan baik.
Saksi kejadian akui masih trauma dengan penemuan mayat berkenaan.
"Alhamdulillah Allah buka pintu hati kami nak berhenti cari daun palas di sini.
"Mungkin Allah nak tunjuk kat kami, semoga arwah tenang di sana," katanya sambil berkongsi foto-foto di lokasi kejadian menerusi TikTok.
Bercerita lanjut tentang penemuan itu, Elin ketika dihubungi mStar berkata dia dan ibunya secara kebetulan singgah ke lokasi berkenaan terlebih dahulu sebelum menuju ke pekan Marang untuk urusan perbankan.
“Saya dengan ibu nak cari daun palas untuk buat tempahan ketupat. Sebelum ni kami pergi dekat kawasan paya tu tak pernah jumpa apa-apa yang pelik.
“Ibu jalan dekat depan, saya cuma ikut dari belakang saja. Selepas dia ambil daun palas dekat luar tepi jalan tu, kami masuk ke kawasan lebih dalam untuk cari banyak daun palas lagi.
“Kami terpaksa tunduk kepala masuk ke dalam paya tepi sungai untuk ambil daun palas. Masa tulah ibu terkejut sampai menjerit kuat sebab mayat tu dah dekat dengan kaki dia,” cerita Elin kepada mStar.
Tangkap layar video beberapa foto dikongsikan Elin sekitar kejadian.
“Lin (panggilan Elin) mayat Lin, mayat!” jerit si ibu kepadanya.
Ujar Elin, pada mulanya dia terpinga-pinga melihat ibunya yang panik pada ketika itu kerana masih tidak pasti mengenai apa yang berlaku.
Akhirnya Elin melihat sendiri mayat yang terbaring sambil sebelah tangannya berada di bahagian muka.
Setelah diamati bahawa ia merupakan mayat seorang wanita tidak dikenalinya, dia terus membuat panggilan kecemasan di talian 999.
“Mayat itu lengkap berpakaian dengan baju lengan panjang berwarna merah jambu, dan berseluar panjang berwarna hitam. Ada juga sehelai kain juga kian berwarna hitam di bahagian perutnya... mungkin tudung.
“Keadaan tangan dan kaki dia pun nampak masih elok. Cumanya ada sedikit bau kurang menyenangkan. Mungkin dia sudah terdampar dekat situ lebih tiga hingga empat hari.
“Sebagai penduduk di Marang, saya tak pernah tengok lagi dia sebelum ni. Saya terkejut sangat masa tu kemudian terus berlari ke dalam kereta untuk ambil telefon dan hubungi polis,” ujar Elin.
Tambah Elin kejadian yang disifatkan amat mengerikan itu terus menghantuinya.
“Selama ni tengok dekat media sosial atau televisyen saja. Tak sangka saya sendiri pula alami perkara sama.
“Kawasan tu memang orang-orang tertentu saja tahu. Lagi pun tempat tu sedikit jauh daripada kawasan perumahan. Orang luar mesti tak perasan ada kawasan daun palas kalau lalu dekat situ.
“Sehari dua ni saya rasa tak boleh tidur. Apabila masuk saja waktu malam saya jadi trauma, teringat situasi mula-mula terkejut jumpa mayat tu,” kata Elin.
Elin akui dirinya trauma setelah melihat mayat tersebut di depan mata.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian daripada seorang suri rumah.
Ujarnya mayat itu berusia dalam lingkungan 20an hingga 30an.
Menurut Mohd Zain lagi, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan tikaman, tetakan mahupun kelar pada tubuh mangsa.
Malah pihak polis juga tidak mengesan sebarang kesan pergelutan dan tompokan darah di lokasi kejadian.
Tambahnya lagi, mayat wanita tersebut masih memakai cincin dan rantai leher namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.
Oleh kerana tiada sebarang bukti fizikal yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah, kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
mana tak trauma jumpa mayat depan2 mata uihh.. |
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir replied at 21-1-2023 07:26 PM
mana tak trauma jumpa mayat depan2 mata uihh..
Maybe kena badi mayat…kena jumpa ustaz kot minta air penawar |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 07:32 PM
Maybe kena badi mayat…kena jumpa ustaz kot minta air penawar
Ah kau time2 ni la nak buat cerita mastika, dekkkk….. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 21-1-2023 07:37 PM
Ah kau time2 ni la nak buat cerita mastika, dekkkk…..
Xkisah laaa kisah apa…kezzahhhhh
Yg penting ikhtiar n usaha |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 07:40 PM
Xkisah laaa kisah apa…kezzahhhhh
Yg penting ikhtiar n usaha
Kang kalau akak bagi suggestion terapi dengan saikatri, kau pulak yang tak percaya dan tak setuju tetap maintain dengan kisah mastika kau kang dek. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 21-1-2023 07:42 PM
Kang kalau akak bagi suggestion terapi dengan saikatri, kau pulak yang tak percaya dan tak setuju ...
Ok je…psikiatri pon bagus…SG ok je …yg penting usaha n x syirik |
|
|
|
|
|
|
|
Yea.. Sebenarnye bahasa lain selain badi tu adalah trauma... kesian mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 07:44 PM
Ok je…psikiatri pon bagus…SG ok je …yg penting usaha n x syirik
Akak ingat nak cuba contact ustaz azman the gay la sis. Kot2 dia boleh rawat masalah badiku ini sister. Ke heols tengah kat lokap lagi tu sister? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 21-1-2023 07:50 PM
Akak ingat nak cuba contact ustaz azman the gay la sis. Kot2 dia boleh rawat masalah badiku ini si ...
Entah lah hakak…. X follow pon setat tu…nak berubat ke nak jumpa doktor ke, cari la yg helok2 |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 07:40 PM
Xkisah laaa kisah apa…kezzahhhhh
Yg penting ikhtiar n usaha
Betul jugak tu kene ikhtiar. Dia bukan keje hadap mayat setiap hari kt spital. Ni org awam nak cari daun palas terjumpa mayat. Mesti la terkejut gila babas...lari terbang semangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 07:44 PM
Ok je…psikiatri pon bagus…SG ok je …yg penting usaha n x syirik
Bila terkejut, trauma nak pulih kembali semangat tu. Sakit jiwa bila takleh tido malam bermalam2an.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepupu kaka masa tu sekolah rendah.. jumpa mayat reput dalam rumah tinggal kat estet getah.. demam 3 hari .. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 21-1-2023 10:01 PM
Daun palas raya
Tak sangka,raya cina pun makan ketupat palas. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-1-2023 10:35 PM
Bila terkejut, trauma nak pulih kembali semangat tu. Sakit jiwa bila takleh tido malam bermalam2an ...
SG tgk accident depan mata pon trauma, inikan jumpa mayat |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 21-1-2023 10:11 PM
Betul jugak tu kene ikhtiar. Dia bukan keje hadap mayat setiap hari kt spital. Ni org awam nak car ...
Kan…mau nya lama stop x buat ketupat palas…skrg ni org cari ketupat palas bkn tunggu raya je…anytime la ni |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri tiba2 jumpa mayat |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 21-1-2023 11:21 PM
SG tgk accident depan mata pon trauma, inikan jumpa mayat
Masa iols sekolah rendah dulu naik teksi dengan mak, drebar cite pernah tumpangkan entiti. Sebijik cite perempuan yg tahan teksi tengah malam, tinggalkan jaket ke baju dalam kereta. Esoknya dia gi pulangkan baju tu, family tu kata perempuan tu dah meninggal. Terus drebar teksi tu demam berbulan2 tak bawak teksi.
Ada lagi cite kat negeri iols, ada pesara guru besar dikejar anjing. Dia punyalah terkejut sampaikan tak mampu berkata2 dan jadi bisu. Tak tau lah ending macamana.
Ada yg kata bila berlaku peristiwa luar jangka, yg mengejutkan akan keluarkan alter ego diri kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-1-2023 11:31 PM
Masa iols sekolah rendah dulu naik teksi dengan mak, drebar cite pernah tumpangkan entiti. Sebijik ...
Serammmm nya…kalau x berubat bg kuat semangat semula, bahaya juga kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|