CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Perlis] Ramai serbu Langkawi Tahun Baharu Cina, tiket feri licin

[Copy link]
Post time 21-1-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Ramai pelancong tidak sabar untuk bercuti ke Langkawi pada Tahun Baharu Cina ini selepas tiket feri dari Kuala Perlis habis ditempah. – gambar hiasan


KUALA PERLIS – Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina dimanfaat sepenuhnya oleh orang ramai di negara ini. Ini selepas tiket feri ke Pulau Langkawi dari jeti Kuala Perlis habis ditempah ­pengunjung.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, tiket feri ke pulau peranginan tersebut bermula semalam hingga 22 Januari habis dijual.

“Trip feri pada 20 Januari sebanyak lima trip merangkumi 2,380 kerusi telah habis dijual, manakala pada 21 Januari yang menyediakan lima trip dengan 2,380 tempat duduk turut habis.

“Bagi trip pada 22 Januari pula, kita menyediakan empat trip dengan 1,667 tempat turut licin ditempah, namun bagi trip 24 Januari, masih terdapat kekoso­ngan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah pihak konsortium akan melakukan pertambahan trip, Baharin menjelaskan, ia bergantung kepada keadaan jadual air pasang surut.

“Sebelum ini, kita pernah me­lakukan tambahan trip pada awal pagi dan waktu malam, namun menerima kritikan daripada orang ramai.

“Buat masa ini, saya nasihatkan orang ramai yang ingin pergi ke Pulau Langkawi berlepas dari Kuala Kedah kerana projek pengerukan alur pelayaran di sana sudah siap,” ujarnya.

Tambahnya, jadual atau feri ke Langkawi dari Kuala Kedah kini lebih kerap antara enam hingga lapan trip sehari disebabkan projek pengerukan telah selesai sepenuhnya.

Katanya, trip pelepasan feri dari Kuala Perlis dijangka kembali pulih selepas projek pengerukan siap sepenuhnya pada 20 Mei depan sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Ae­roangkasa Langkawi (LIMA) 2023 bermula dari 23 hingga 27 Mei depan.

Selain itu, Baharin turut menasihatkan orang ramai agar membeli tiket pergi balik bagi mengelakkan sebarang masalah, selain merujuk kepada aplikasi atau laman sesawang Cuti Cuti Langkawi untuk status terkini tiket.

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... a-tiket-feri-licin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062148 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list