View: 1767|Reply: 20
|
[Tempatan]
2 rentung treler terbakar di lebuh raya
[Copy link]
|
|
2 rentung treler terbakar di lebuh raya
Dua mangsa dipercayai pemandu bersama kelindannya, ditemui rentung dalam kebakaran sebuah treler di KM259 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.
SEREMBAN: Dua mangsa dipercayai pemandu bersama kelindannya, ditemui rentung dalam kebakaran sebuah treler di Kilometer (KM) 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, hari ini.
Kejadian berkenaan turut menyebabkan semua lorong terhalang di laluan berkenaan dan berlaku kesesakan lalu lintas hingga sejauh lebih enam kilometer, setakat jam 11.30 pagi tadi.
punca kejadian masih dalam siasatan .
Insiden kira-kira jam 8.40 pagi itu turut dirakam pengguna jalan raya sebelum tular dalam laman sosial.
dipercayai pemandu dan kelindan - ditemui api berjaya dipadamkan - kesesakan lebih 6 kilomter setakat jam 11.30 pagi ni
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, kedua-dua mangsa dijumpai rentung di dalam treler yang membawa kontena itu selepas pasukan berjaya memadamkan api yang memusnahkan keseluruhan bahagian kepala kenderaan terbabit.
Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.42 pagi sebelum sepasukan petugas dengan kekuatan sembilan anggota serta pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bergegas ke lokasi.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebook memaklumkam kejadian berkenaan menyebabkan semua lorong terhalang di laluan berkenaan.
"Status terkini setakat jam 9.28 pagi tadi, semua lorong masih terhalang. Kenderaan dilencongkan ke Plaza Tol Port Dickson," menurutnya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... bakar-di-lebuh-raya
|
|
|
|
|
|
|
|
masa baru nak terbakar tu takkan tak sempat keluar? melainkan meletup...ke bunuh diri ?
|
|
|
|
|
|
|
|
macam meletup je ni..bawak bateri rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian… yg tak sempat nak lencong ke PD terpaksa la menunggu sampai selesai |
|
|
|
|
|
|
|
Travelo replied at 20-1-2023 12:04 PM
masa baru nak terbakar tu takkan tak sempat keluar? melainkan meletup...ke bunuh diri ? hengat treler tu macam keta ke.. nak keluar mmg agak la susah sikit berbanding keta |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bagi lelaki tak la susah sangat...lelaki bab panjat memanjat,lompat melompat agak 'pakar'...tapi maybe panik yg membuatkan terperangkap/tak sempat...keyword dia kalau apa2 berlaku ialah 'jangan panik'
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu dgr klu eksiden dgn lori kontena yg bertembung die tu yg x selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk video kat ig,remuk bahagian dpn..mungkin sbb tu xboleh keluar..terperangkap |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Allah suami isteri rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hampir nak lalu sini tadi. Nasib baik aku ikut arahan google ikut jalan lain. Kalau tak mmg terperangkap dalam jem. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kat pintu tu sama ja. bukan macam pintu kapalterbang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laju2 je trailer or lori situ.. Dah lah mcm turun bukit sikit. Risau je kot2 terbabas. Laju2 nak ke mana.. Santai santai lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk video kt TikTok keadaan kepala lori tu mcm tertomoih gitu lps langgar divider..tu sebab mangsa tersepit kot..
Innalillah..semoga both arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman |
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 20-1-2023 11:14 PM
Tgk video kt TikTok keadaan kepala lori tu mcm tertomoih gitu lps langgar divider..tu sebab mangsa t ...
Amin ya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
| |
|