View: 1196|Reply: 6
|
Wanita Kurung Kekasih Dalam Bagasi Ketika Main Sorok-Sorok, Biarkan Sesak Nafas Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Gara-gara bermain sorok-sorok, seorang wanita didakwa mengurung teman lelakinya dalam bagasi dan kemudian membiarkan mangsa mati lemas.
Sarah Boone ditahan pada Februari 2020 selepas memberitahu operator 911 mengenai dia mengunci kekasihnya, Jorge Torres Jr dalam bagasi ketika bermain permainan itu.
"Teman lelaki saya dah mati," katanya ketika menghubungi operator panggilan kecemasan itu.
 Foto: Daily Star
Wanita yang ketika itu berusia 42 tahun memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah tertidur, meninggalkan pasangannya itu 'terkurung'.
Keesokan paginya dia menemui Torres sudah meninggal dunia dalam bagasi.
Bagaimanapun, siasatan polis menemui video dalam telefonnya yang dilaporkan menunjukkan Torres bermati-matian cuba melepaskan diri dari beg pakaian dan menjerit "Saya tidak boleh bernafas".
 Foto: Daily Star
Menurut LadBible, video tersebut turut menunjukkan Boone mengejek Torres.
"Untuk semua yang awak telah lakukan kepada saya. Persetan dengan awak. Bodoh."
 Foto: Daily Star
Torres kemudian bertindak balas dengan memanggil namanya: "Saya tidak boleh bernafas, serius."
Bonne menjawab: "Ya, itulah yang anda lakukan apabila awak mencekik saya.
"Itulah yang saya rasa apabila awak menipu saya. Awak mungkin patut diam."
Boone dari Winter Park, Florida, Amerika Syarikat (AS) kini ditetapkan untuk hadir di mahkamah pada 30 Januari, atas dakwaan pembunuhan tahap kedua. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
patut dibuang dlm lombong terus...
tp dh tau xguna nape nk stay |
|
|
|
|
|
|
|
kelmarin pun ada mayat dlm bagasi jgk...or body parts to b exactly
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarahh sarah..... hati kau keras sarahhh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 muka scary.... psycho...
Ke mmg mugshot sengaja snap camni? |
|
|
|
|
|
|
|
balas dendam dgn cara main sorok2 ..lbh menyeronokkn agknye |
|
|
|
|
|
|
|
memang kejam betina nih. ai ada tengok bideo kat yt, mcm mana si boipren merayu2 mintak dikeluarkan dari beg tuh.
pastu ada jugak bideo si sarah nih tgh disoal siasat polis, nampak nau sejenis narcissist. |
|
|
|
|
|
|
| |
|