CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 0

Pengarah Bahagian Kementerian Berpangkat Datuk Minta Rasuah Bulanan Dari Kontraktor Direman SPRM

[Copy link]
Post time 18-1-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang Pengarah Bahagian sebuah kementerian berpangkat Datuk kerana disyaki menerima wang rasuah secara bulanan dengan jumlah besar daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di kementerian tersebut.


Selain Pengarah Bahagian itu, dua lagi yang ditahan merupakan seorang perunding projek dan seorang pengarah syarikat binaan.




SPRM menahan reman tiga individu termasuk seorang Pengarah Bahagian sebuah kementerian berpangkat Datuk di Mahkamah Majistret, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA




Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40an berkenaan ditahan di sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 11 pagi hingga 9 malam ketika hadir memberi keterangan.


Menurut sumber, wang rasuah tersebut merupakan bayaran daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh kementerian terlibat sebagai balasan untuk mempercepatkan proses bayaran tuntutan, membantu meluluskan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) dan Lanjutan Tempoh Masa (Extension of Time) projek.


Kata sumber tersebut, suspek juga dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barangan mewah untuk kegunaan peribadi.


Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari kepada Pengarah Bahagian tersebut manakala dua lagi suspek selama tiga hari bermula hari ini setelah pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.


Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.093607 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list