View: 2752|Reply: 28
|
Linda Hashim Pelik Terpilih Menerima Penghargaan Anugerah Inspirasi, "Scam Ke?"
[Copy link]
|
|
"Memang ada surat daripada mereka. Seorang saudara saya di Jakarta pun dah hubungi pihak terbabit dan mereka pun dah bagi surat tawaran.
"Kalau ikut surat itu, kita rasa macam ia betul. Tapi apabila saudara saya bertanya lebih lanjut berkenaan penilaian dari mana, mereka terus tak jawab."
Demikian kata pelakon Linda Hashim berkenaan pemilihannya sebagai penerima penghargaan Anugerah Inspirasi dan Profesional Nombor 1 dari Majalah Penghargaan Indonesia.
Foto: IG
Menurutnya, dia berasa musykil bagaimana kriteria pemilihan dibuat sedangkan pembabitannya dalam lakonan tidaklah seaktif dulu.
"Seorang pelakon wanita lain yang dah tak aktif sangat pun hubungi saya kata dapat juga undangan terima anugerah ini. Dia pun hairan daripada mana penilaian dibuat.
"Jadi saya bimbang sekiranya ia satu penipuan. Saya dah pernah kena scam dengan satu pihak di sana dan tak dinafikan mereka memang hebat dalam perkara ini.
"Itu yang buat saya berhati-hati. Jadi saya nasihatkan artis-artis yang dihubungi mereka ini berhati-hati. Saya bukan nak dengki kerana saya pun dapat juga. Cuma jangan terlalu teruja dan percaya," katanya kepada Harian Metro.
Linda berkata, diikutkan ramai lagi artis di Malaysia yang lebih layak jadi pemenang tetapi kenapa dia yang terpilih.
"ihak ini pula dari Indonesia dan saya pula pernah kena scam dengan orang sana. Saya bukan nak burukkan orang sana cuma nak ingatkan agar berhati-hati. Pergi sana tiba-tiba kena scam memang takutlah.
"Saudara saya juga ada hubungi hotel tempat acara ini dijadualkan berlangsung dan memang dimaklumkan pihak terbabit ada buat tempahan lokasi.
"Cumanya saya rasa masih ada sesuatu. Atau mungkin saya fobia kerana pernah kena tipu sebelumnya. Lagipun macam-macam cara orang guna untuk menipu sekarang," katanya.
Oleh itu dia mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jadual penerbangan, hotel dan kemudahan lain sebelum membuat keputusan lanjut.
"Setakat ini pihak terbabit belum memberikan jawapan. Jangan nanti kita yang kena keluarkan kos sendiri dan bayar itu ini.
"Apapun saya hairan bagaimana pihak luar boleh pilih artis kita sedangkan di Indonesia pun ramai artis yang berbakat besar," katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan pelakon, Zalif Sidek mengakui berbesar hati apabila dipilih untuk menerima penghargaan Anugerah Inspirasi dan Profesional Nombor 1 dari Majalah Penghargaan Indonesia.
Menurutnya penyampaian anugerah ini akan berlangsung pada 27 Januari ini di Surabaya, Indonesia.
Pemilihan ini dibuat mungkin kerana pembabitannya sebagai pelakon iklan untuk beberapa produk antaranya, dari Indonesia, Extra Joss. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dah sampai sana macam-macam kena bayar... hujung2 majalah level2 tabloid jahhhh... tiberr inspirasi apooo nokkk... nasib baik la cepat sedar.
Btw, Beego ni kejap elok, kejap kepam, kejap macam okey, kejap macam ortua sangat... heols ni macam jenis orang elok bergrooming, sekali tak shave je terus kepam... |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu designer Arma tu pun ada share kat FB dia. Dia dpt invitation for the same award. Masalahnya Arma tu kan jantan...award ni utk pmpuan je. Haha. Nampak sgt nipunya.... |
|
|
|
|
|
|
|
menten comel je dia xcam bini fizz yg tersangat happy tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah dia tolak. Satgi kena kecam dengan netizen cakap sheols beli anugerah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh tak kenal. Ingatkan Linda Hashin wife Que Haidar. |
|
|
|
|
|
|
|
Naseb dia sedar bnda tu scam
Tkot dpt kt kelopak msti igt bnda btol lantas dicanang hahahaha
Nk jgk kata kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 kena scam.
Pastu dapat award tulis tahun 2021,ala2 award international yg dimenangi oleh artis terpaling suatu ketika dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
She ni cantik la, bila nak come back ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
dia takkan buat comeback dah rasanyaa..... aman2 jah buat business and modelling jer sikit2.....
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu ada retis dah canang konon menang award ni. LOL. bagus dia ni xcepat melatah dan sedar diri
|
|
|
|
|
|
|
|
kann suka tengok dia. cantik!
tak silap ada novel melayu guna gambar dia as cover. bila baca auto imagine muka dia sebagai watak utama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala ruginyaaaa cantik2 talented taknak comeback dah. Terpaksa tgk muka geng bbnu kayu kayan kat tv, stressssss
|
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt ngn Linda Hashim.. suka dia blakon.. bila la dia nk blakon blk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa ingatkan bini que haidar.. sape linda hashim ni.. tapa laki dia tu aku kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Baru hari tu teringat dia sebab lama dah tak nampak dia berlakon
Lupa dia wife beego
Maintain cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
bini que haidar bukan linda jasmin ke
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 19-1-2023 12:33 PM
bini que haidar bukan linda jasmin ke
Ya am0un linda hashim ku terfitnah hang bini que haidar. Linda jasmine ye betul hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|