CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Is@bell@

selamat pengatin baru elyana (update pics page 13)

  [Copy link]
Post time 20-11-2010 02:47 AM | Show all posts
Elyana pilih Khairul sebagai teman hidup



Elyana dan Khairul Anuar selepas diijabkabulkan di Ampang malam tadi.

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun berkenalan, penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin pada majlis pernikahan di Ampang dekat sini malam tadi.

Elyana, 23, dan Khairul, 35, pemilik restoran Jepun di Bangsar dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Emrizal Shamsudein.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu kelihatan anggun dengan persalinan baju kurung moden berwarna biru rekaan pereka fesyen terkenal, Hattan Dolmat.

Dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,000 dan mas kahwin RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak lelaki.

Elyana memilih Khairul Anuar sebagai pasangan hidup kerana menganggap suaminya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.

Pasangan itu telah bertunang pada 11 Julai 2009.

Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung hari ini di Duchess Place, Ampang manakala majlis pihak lelaki akan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Mentakab, Pahang pada 27 November.

Pasangan itu hanya merancang untuk berbulan madu tahun depan memandangkan masing-masing mempunyai jadual kerjaya yang padat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 02:52 AM | Show all posts
shantek dress dia colour dress dia chantek!

btw tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 03:18 AM | Show all posts
cantiknya... congrats!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 03:33 AM | Show all posts
tahniah...semaga kekal ke akhir hayat
........iols tumpang gembira jer.........
bila la iolss nk kurus cam dia yer.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 04:50 AM | Show all posts
canteknye..tahniah elyana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 05:08 AM | Show all posts
congtraz eliyana,
makin comey bile dh kurus ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 05:09 AM | Show all posts
www.utusan.com.my

Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan

ELYANA   selamat diijabkabul dengan pasangannya,  Khairul Anuar Hussin pada satu majlis di Kuala  Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, malam ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman pada majlis ringkas yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini tepat pukul 9.40 malam.
Elyana, 23, yang mengikat tali pertunangan dengan Khairul, 35, pada Julai tahun lalu menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM22,000.
Pasangan tersebut bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran dengan hantaran dari pihak Elyana berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan.
Manakala Khairul pula membalas dengan tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set wangian, set penjagaan tubuh serta manisan.
Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Elyana dan Khairul mula berkenalan sejak tiga tahun lalu apabila salah seorang teman rapat penyanyi itu memohon pekerjaan di restoran milik Khairul.
Bermula dari detik itu, pasangan itu kerap bertemu biarpun pada awalnya Khairul tidak mengetahui bahawa Elyana merupakan seorang artis.
Pasangan itu sepakat mengadakan majlis resepsi esok di Duchess Place dan bakal diraikan pada 27 November ini dalam satu lagi majlis resepsi di kediaman abang Khairul di Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 07:05 AM | Show all posts
cantek la jugak tahniah harap2 lepas ni tak seksi dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 07:11 AM | Show all posts
baju cantek tp kat veil tu kalo takde yg mcm putik2 kapas kaler putih tu lg lawo ke tu mmg trademark designer...
anyway semuanya mmg cantek la! congrats
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 07:27 AM | Show all posts
laki dia macam aman shah..................
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 07:51 AM | Show all posts
cantiknta....tahniah Elyana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 08:09 AM | Show all posts
serabut plak aku tgk baju die tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 08:46 AM | Show all posts
tahniahh...
comey cam dedulu bila dah kembali langsing huhu
haku jap gi langsing gak kot cam dia, tp haku takot tebuk pewot ouhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 08:52 AM | Show all posts
congrats elyana....
cantik... dah kurus...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 08:54 AM | Show all posts
cantik nyer elyana,  tak sangka boleh kurus sekejap aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 09:46 AM | Show all posts
[img][/img]

tahniah,semoga kekal ke akhir hayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 09:59 AM | Show all posts
cantik elynakan?sib bek da kurus hu,hu,hu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by luve at 20-11-2010 10:11

cantekkk...jarang tgk org nikah pakai warna mcm nie..slalu putih jah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:09 AM | Show all posts
cantikkkkkkk............. dah kurus balik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 10:34 AM | Show all posts
cantik warna dia pilih
sesuai ngan kulit dia
dh kurus skit...wpon pipi masih gebu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.121103 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list