CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

Tiket istimewa aksi Messi-Ronaldo berharga RM11.25 juta

[Copy link]
Post time 18-1-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi.

RIYAD: Seorang usahawan Arab Saudi memenangi tiket untuk menyaksikan pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam aksi persahabatan selepas membida AS$2.6 juta (RM11.25 juta).

Perlawanan di Riyadh esok bakal menampilkan Paris Saint-Germain dibarisi Messi berdepan skuad pilihan kelab baharu Ronaldo, Al Nassr dan seterunya Al Hilal.

Ia bakal menjadi perlawanan pertama Ronaldo di negara itu sejak menandatangani kontrak dengan Al Nassr.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan membuat penampilan sulung di Liga Pro Saudi untuk Al Nassr pada Ahad.



Perlawanan di Riyadh esok bakal menampilkan Paris Saint-Germain dibarisi Lionel Messi berdepan skuad pilihan kelab baharu Cristiano Ronaldo, Al Nassr dan seterunya Al Hilal. - Foto AGENSI

Bagi mempromosi perlawanan pertunjukan itu, Turki al-Sheikh, penasihat Mahkamad Diraja dan ketua bahagian hiburan Arab Saudi, mengumumkan lelongan amal untuk tiket istimewa yang akan memberikan peluang bergambar dengan pemain-pemain serta kebenaran memasuki bilik persalinan.

Bidaan bermula dari 1 juta Riyal (RM1.15 juta) dan Mushref al-Ghamdi diumumkan pemenang selepas membida RM11.25 juta.

Hasil lelongan akan disalurkan kepada kempen amal negara itu yang dikenali sebagai Ehsan.

Selain Messi, bintang-bintang PSG lain yang dijangka akan beraksi adalah Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi.


Aksi persahabatan antara Paris Saint-Germain dan pilihan Arab Saudi akan berlangsung di Stadium Raja Fahad malam esok. - Foto AGENSI

Pemain pilihan Saudi termasuk Salem Al-Dawsari, yang menjaringkan gol kemenangan Arab Saudi ke atas Argentina di peringkat kumpulan Piala Dunia. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... erharga-rm1125-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list